Khamis, 25 November 2010

Darah!! Darah!!...Minta Darahh...

Salam

Sebenarnya dari sejak aku lahir sampailah aku disahkan mengandung setahun yang lalu aku memang tak tahu langsung darah aku dari kumpulan apa..Serius. Sampailah aku disahkan mengandung dan misi tu ambil sample darah aku, seminggu lepas tu baru aku tau darah aku dari kumpulan darahO.  Kalau tak mengandung tu, sure sampai sekarang aku takkan tau darah aku jenis group yang mana. Terukkan. Sebabnya aku takut dicucuk dengan jarum..tak kira lah jarum apa..hatta jarum tangan sekalipun. hehehehe.. Ingat lagi masa aku tingkatan 2 , masa belajar topik sel-sel darah, lepas tu cikgu sains nak ambik  blood  test setiap sorang students, aku sanggup mintak izin pegi toilet dan duduk dalam toilet sampai habis subjek sains, sementara kawan-kawan lain sibuk tunggu giliran nak buat blood test . Seriau betul tengok jarum comel yang buat cucuk jari tu..bukan besar mana pun macam pen je. Takut punya pasal sanggup duduk dalam toilet. Nasib toilet tu makcik cleaner baru jer bersihkan. :) Kenangan betul..  Niat dihati ni memang ada nak menderma darah tapi masih fikir 2-3kali juga. Sebab masih lagi teringatkan syringe dan jarum suntikan tu.. Seriau. Cukupla tangan aku kebas-kebas masa  nak melahirkan Najla dulu, tangan kiri aku kena cucuk jarum pasal nak masukkan air dalam badan. Wohh!!!..sakit... huhu..keluar juga air mataku masa tu... Tapi penting untuk kita memastikan darah kita dari kumpulan darah apa sebenarnya, banyak penyakit yang berasal dari darah yang boleh membawa maut macam penyakit Thalasemia, Sakit Kuning dan sebagainya.


Jadual keserasian sel darah merah
Penerima[1] Penderma[1]

O− O+ A− A+ B− B+ AB− AB+
O− Check markY






O+ Check markY Check markY





A− Check markY
Check markY




A+ Check markY Check markY Check markY Check markY



B− Check markY


Check markY


B+ Check markY Check markY

Check markY Check markY

AB− Check markY
Check markY
Check markY
Check markY
AB+ Check markY Check markY Check markY Check markY Check markY Check markY Check markY Check mark

Kumpulan Darah

A,B,O,AB

Kumpulan darah A boleh menerima darah darah dari kumpulan A,O dan tidak bole menerima darah kumpulan B,AB

Kumpulan darah B boleh menerima darah dari kumpulan B,O tetapi tidak boleh menerima darah dari kumpulan A,AB

Kumpulan darah O boleh menerima darah dari kumpulan O sahaja, tetapi tidak boleh menerima darah dari A,B,AB

Kumpulan darah AB boleh menerima semua kumpulan darah.

Darah juga ditentukan oleh Rhesus (Rh) iaitu Rh-negatif atau Rh-positif, dalam 85 peratus sel darah merah manusia. Kumpulan darah yang tiada unsur ini dikatakan mempunyai darah Rh-negatif. Seseorang yang Rh-negatif boleh menerima darah mereka yang Rh-positif,darahnya akan menghasilkan sedikit antibodi. Apabila perkara ini tidak disedari dan pemindahan darah berterusan, antibodi akan bertambah. membentuk anti-Rh antibodi dan sel darah merah menjadi bekelompok. Kebanyakan penduduk Malaysia  adalah rhesus positif dan jika seseorang wanita rhesus negatif berkahwin dengan suami yang darah rhesus positif, ini akan menimbulkan masalah terhadap kehamilan dan kandungan. Antara masalahnya ialah keguguran,bayi mati dalam kandungan dan juga bayi lahir dalam kedaan kurang darah serta berpenyakit kuning. Ibu hamil yang rhesus negatif dan bayinya pula rhesus positif harus mendapatkan suntikan Rhogam bagi mengatasi segala kemungkinan buruk untuk kehamilan seterusnya.

Siapa Tidak Boleh Derma Darah untuk Sementara
  • baru menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan
  • mereka yang mengambil antibiotik
  • mereka yang berpenyakit kulit di tempat suntikan (sesiku )
  • orang mabuk
  • penderma darah yang baru menderma kurang daripada tiga bulan lalu
  • tiga bulan lalu menghidap cacar,denggi atau campak
  • setahun selepas pelalian toksik(hepatitis,kancing gigi,difteria, taun)
  • dua minggu selepas menerima vaksin yang dilemahkan (campak, rubela)
  • tiga tahun selepas mengambil vaksin pencegahan malarian atau terkena malaria
**kalau korang mahu menderma darah jangan terlampau lapar, nanti badan tiada tenaga. Jangan juga terlampau kenyang, nanti tubuh berasa lemah!..**

2 ulasan:

nur easy berkata...

ingatkan kau nak darah tadi..hehe

{ finieViolet} berkata...

hehehe... tengok darah pun takut cmana...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...