Jumaat, 27 Ogos 2010

Iklan Raya Petronas 2003






Tersentuh hati ketika aku menonton semula iklan Petronas hasil karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad di Youtube ni tadi.. setiap tahun menjelang musim perayaan, tak kira lah Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali dan Hari Kemerdekaan pasti kita akan teruja melihat iklan2 pesanan yang membawa seribu makna dan erti untuk kita tonton dan fahami. Iklan yang hanya mengambil masa 2 minit tapi didalamnya penuh pengajaran yang bermakna. Allahyarham Yasmin Ahmad memang kreatif dan penyampaian karyanya cukup bersahaja namun sangat bermutu. Karyanya tidak cliche macam iklan lain-lain tu, beliau mempunyai karya tersendiri yang kekadang minta kita berfikir maksud iklan tersebut sampai kite sendiri tak trfikir pun ada iklan yang macam tu. Kalau tiba hari raya macam ni kita
tak payah kita teka2, bila tengok iklan je dah tau..mesti tu iklan Yasmin Ahmad. Namun setelah ketiadaan beliau agak2 ada lagi tak iklan bermutu macam ni?...
Antara banyak-banyak iklan beliau yang sangat touching bagi aku, iklan ni lah.. Tersentuh hati melihat bagaimana anak-anak kecil ni sanggup berkorban mencari daging, hati, limpa lembu di sana- sini hanya untuk memasak masakan hari raya demi memenuhi kehendak ibu tercinta..aku sampai menitis2 air mata menonton balik iklan ni..lawak ada, sedih pun ada. Siap ada moral of the story lagi.
Agak2 berapa ramai anak yang sanggup berkorban untuk ibu bapanya termasuk lah diri aku ni.. Apa Nak Jadi??
Diam tak diam tinggal beberapa hari lagi kita akan berhari raya, rasa sayu sangat nak tinggalkan bulan Ramadhan ni..kejap sangat berlalu.. Mudah-mudahan kita semua akan dapat menyambut Ramadhan untuk tahun-tahun yang akan datang. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah, memohon kepadaNya agar diri kita sentiasa dikurniai kesihatan mental dan fizikal,dan memohon supaya kita terhindar dari melakukan perkara2 maksiat dan di murkai Allah SWT.

Finally marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh-roh muslimin dan muslimat yang sudah tiada.. Moga-moga roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT.

4 ulasan:

melur berkata...

Finie jelita,
ke mana menghilang lama tak nampak?
sibuk buat kuaih raya ka? Semua iklan raya akak suka...hehe

Drama Mama berkata...

betul2. iklan2 ni memang memberi keinsafan tuk kita kan!

http://twinkywinkystars.blogspot.com

{ finieViolet} berkata...

kakak..laili jelita.. uhuks..maap la kak..lately ni sangat bz dengan persiapan raya..maklum la kata nak raya sakan kan...hehe.. nti kite jalan n conteng2 kt belog akak..yer.. rindu kehadiran akak di fb..agak2 bile akak nk kembali..

{ finieViolet} berkata...

drama mama: terima kasih sudi bg komentar di belog yang tah hape2 ni..memang semua iklan raya kebykkan menyentuh perasaan..sebab semua bekait rapat dengan kekeluargaan dan mesej yg disampaikan amat berkesan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...