Memaparkan catatan dengan label tag dan sewaktu dgnnya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tag dan sewaktu dgnnya. Papar semua catatan

Isnin, 14 Mac 2011

SEGMEN CARI GADUH : LELAKI vs PREMPUAN

BANNER BEN ASHAARI

Assalamualaikum..

Wahh..panasnyer tajuk segmen Encek Ben untuk kali ni ekkk.. Aku tanpa berlengah-lengah mahu join ini segmen woh!..
Best jer soklan2 tu kan.. Sapa2 nak join, klik banner atas tu hokeh...

LELAKI PILIHAN ANDA?

~ dah tentu terang dan nyata lelaki idaman pilihanku selalu ialah  Encek Hubby kecintaanku itu lah. Baik dan buruk dia, dialah suamiku tersayang.. ehehehe..♪♫♪ nobody..nobody but you!!♪♫♪

PERLUKAH LELAKI SEKSI? DEFINISI SEKSI SEORANG LELAKI BAGI ANDA..

~ seksi itu adalah subjektif. Terpulang pada cara perwatakan  inidividu itu sendiri. Pada aku, lelaki sudah cukup seksi jika dia mempamerkan sifat kelakian mereka dengan cara berhemah, janganlah terlalu ego sangat, dan apabila berpakaian pulak janganlah bergaya ala-ala model  pulak. Aku pun tak berapa gemar lelaki yang terlalu metroseksual sangat. Bila bersiap mengalahkan perempuan. Biarlah penampilan kemas dan tidak selekeh sangat. Sempoi orang kata. Kalau ada bulu dada lagi seksi kottt..ahahaha!! 

LELAKI PASTINYA SANGGUP BERKORBAN DEMI CINTA..APAKAH ANDA RASA LELAKI HANYA BERKORBAN SEBELUM MEMILIKI CINTA ANDA? APA JADI SELEPAS MEMILIKI CINTA ANDA?

~ bab ni lelaki terror ya amat lah.. bayangkanlah lautan api sanggup direnangi.. kononnya nak petik bintang dilangit..nak bawak bulan madu di awan biru, tiada yang mengganggu... ayat punyalah tak boleh blah kan..
Bab ni aku rasa macam susah sikit nak jawab, tapi kebiasaannya macam tulah. Dulu sebelum kawin janji macam-macam, bila dah kawin haram tak ingat pun janji-janji manis sebelum kawin dulu. Tapi tak semualah lelaki pandai janji kosong je, ada jugak yang menepati janji. Cuma segelintir lelaki yang macam tulah. Nak tackle mestilah pandai main ayat kan. Mulut mau manis maaa... hahahaha..

PASTINYA ANDA TAK SANGGUP BERMADU BUKAN? KENAPA?

~wah..wah.. soklannn... takpe2 aku suka je nak jawab. Bab bermadu-honey nie, lelaki memang suka sangat. Kalau berhujah pasal bermadu mereka tak mahu kalah, bab bermadu semua nak ikut hukum. Tapi bab sembahyang, puasa tak mau ikut hukum pulak yer.. Ahhahhha..jangan marahlah ye..ni aku petik ayat dari citer P. Ramlee tu..Seniman Bujang Lapok masa scene Abg Kus kantoi kawin lagi satu tu.
Kalau tanya aku, secara jujur aku jawab aku tak rela berkongsi kasih....tak sanggup wehh.. i tak suka. Tapi kalau tu dah takdirnya siapalah aku nak menolak. Poligami tu halal di sisi undang-undang Islam.Tapiiiiii... boleh ke berlaku seadil-adilnya?? uwaaaaa.....i tak rela uuuu...

JIKA ANDA MENGETAHUI PASANGAN ANDA MEMPUNYAI TEMAN WANITA LAIN, APAKAH YANG ANDA LAKUKAN?

~ pertama sekali mesti aku berhangin satu badan..kepala lutut menggigil, rasa tak jejak muka bumi terawang-awang macam takde graviti. Tapi aku istighfar dulu, tenangkan diri dan tanya elok-elok tapi bernada perli dululah.. Then, bila muka dia macam cuak je aku teruslah tanya satu persatu soklan. Tak perlu marah-marah, tenang aje. Gunakanlah sedikit emosi seperti menangis ke, ungkit2 sikit kisah masa mula bercinta dulu ke, pastu ugutlah sikit, adalah jugak pengalaman dulu2.. hohohoho... tapi pastu aku tinggalkan diorang. Buat apa simpan teman lelaki macam tu kan. Alhamdullilah, setakat ni suamiku belum pernah mengecewakan aku dengan perkara macam ni. Mintak dijauhkanlah.

LELAKI ATAU PEREMPUANKAH MUDAH BERLAKU CURANG?

~  Banyak kes dah aku dengar bab2 curang ni, kira average lelaki atau perempuan semua sama jer. Aku tak berat sebelah dalam hal ni. Masing-masing nak tunjuk kehandalan curang memasingkan.  Baiklah, itu saja pendapat aku bab ni, siapa yang mulakan tu tak penting, tapi bila salah seorang  tak layan, maka tak jadilah kecurangan ni. Setan suka aje nak jadi orang tengah bab2 macam ni.

SETIA ..PADA PENDAPAT ANDA, SIAPAKAH YANG LEBIH SETIA PADA CINTA, APA BUKTINYA..

~ dah tentulah perempuan kan...ehem..ehem.. perempuan ni kan, well u olls already know mmg bersifat penyayang dan pengasih. Dah tentulah mereka lebih setia. Buktinya perempuan ni bila dah jatuh cinta pada seseorang lelaki, dia akan menyayangi lelaki itu sepenuh jiwa dan raga. Tapi kan hal macam ni kalau kita dok debat pun sampai bila tak abis. Sebab hal macam ni mcm bias la pulak,semuanya terpulang pada individu, ada jugak wanita yang  tak setia.  Tapi..dek kerana aku ni perempuan, aku mesti nak pertahankan pendapat aku lah kan,..Buktinya, i setia dengan Encek Hubby i tau.. 10 tahun berkawan..ni dah masuk tahun ke-4 kitorang berumahtangga..  ehehehehe....setiaku disini...

APAKAH ANDA SEORANG YANG CEMBURU?

~ yes! aku memang kuat cemburu sejak berumahtangga ni. Tahap kecintaan pada Encek Hubby semakin menebal setiap hari sebab tu aku kuat cemburu. Aii..takkan tak tau, cemburukan tandanya sayang. Ehehehehe....

Sabtu, 12 Mac 2011

Ben Ashaari ~ Blogger Lelaki vs Blogger Perempuan

BANNER BEN ASHAARI

Assalamualaikum..

Aku dengan rasa bangga dan sukahatinyer, telah men'join'kan diri sekali lagi di dalam segmen anjuran Encek Ben Ashaari. Tajuk kali ni agak best sikit, pasal perbezaan antara blogger lelaki dan perempuan. Agak mencabar minda jugak tu nak bg pendapat. Sesiapa yang kebetulan lalu lalang blog aku ni, terasa nak join sila klik banner atas tu. Ni nak warning dulu ni, manalah tahu dalam masa aku menjawab soalan cepumas Encek Ben ni agak-agak ada menyinggung perasaan, aku mintak mahap banyak-banyak..sekadar  beri pendapat aku saja. Takde kena mengena antara hidup dengan yang sudah tiada.

Dalam memberi pendapat dalam entri, apakah blogger lelaki benar-benar ikhlas?

~ okeh, secara jujurnya aku jawab ya. Berdasarkan hasil blogwalking aku ke blog-blog lelaki, mereka kelihatan lebih telus dalam memberi pandangan mereka. Mereka menulis dengan berhemah, tanpa mempamerkan emosi keterlaluan. Mereka agak 'cool' dalam memberikan pandangan dan penulisan mereka juga tenyata hebat. Walaupun kekadang mereka suka cakap lepas dan terkadang lucah, tapi luahan hati yang ingin mereka sampaikan  dalam blog memang ikhlas. Namun begitu ada jugak yang mengikut emosi, terutama apabila mereka tidak puashati dengan sesuatu isu, terutama berkaitan hal ehwal semasa.

Blogger lelaki malu nak letak gambar, kenapa?

~ dan memang lumrah lelaki memang tak suka expose kan diri sesuka hati tak kiralah kat manapun. Kaum mereka ni kebanyakannya suka bersikap low profile dan lelaki kan egonya tinggi sikit . Sebab tu mereka jarang nak posing-posing maut dalam gambar ala-ala model tu kan. Pastu tepek banyak-banyak kat blog, Facebook dan seumpama dengannya. Lagipun mungkin mereka nk privacy kot.  Tapi pada aku kalau lelaki suka ambik gambar mcm awek-awek friendster pun, rasa macam something wrong pulak aku tengok.. Sana-sini kat blog ada tepek gambar sendiri..blog aku la tu. Huhuhu.. Tak payah jauh la, Encek Hubby aku tu, paling tak suka  upload gambar dia banyak2 kat Facebook. Dia kata tak mahu dikenali sangat, dunia siber banyak bahaya, katanya...

Pada pendapat anda, kenapa lelaki berblog? ..secara umum

~ pada pendapat aku, lelaki berblog kerana ingin meluahkan segala pandangan  mereka terhadap sesuatu isu.  Maka, pada mereka blog merupakan satu medium yang cukup tepat sebagai tempat mencurahkan pendapat dan buah fikiran mereka. Kita boleh lihat sendiri berapa banyak blog lelaki yang menjadikan blog sebagai tempat memprotes sesuatu perkara apabila mereka rasa tidak puashati, contohnya blog yang berbaur politik la kot. Ada juga blog lelaki yang suka berkongsi hobi mereka, contohnya cerita pasal kereta, pasal memancing, pasal hiburan, dan berkongsi tentang  teknologi maklumat. Kaum lelaki kan terkenal dengan sikap low profile, mereka jarang bercerita hal peribadi secara umum. Mereka berani mengutarakan pendapat masing-masing mengikut perspektif mereka sendiri. Secara peribadi, aku suka baca blog lelaki, kerana pandangan mereka telus, ikhlas dan kekadang cara penulisan mereka buat aku terbahak-bahak sorang depan pc walaupun entri tu nampak macam serius tapi diorang suka selit lawak2. Best. Tak emo sangat la..Lelaki tak mudah sentap. Cool down bro...

Blogger lelaki mudah dapat followers berbanding perempuan? Kenapa?

~macam aku terangkan kat atas tu lah, blog mereka ada daya penarik. Bukan kerana wajah, tapi kerana penulisan mereka. Blog mereka ringkas, tak banyak widget yang menyesakkan macam blog aku  la tu.. hehehe..Entri mereka padat, penuh pengisian. Jaranglah jumpa blog yang merepek meraban. Siapa yang nak baca blog yang asyik dok cerita  kisah dia gaduh dengan awek, pasal kucing jiran sebelah mati dilanggar lori. Contoh blog terbaik dan harus dapat ramai followers, macam blog Encek Ben la, simple aje kan ayat macam nak membodek pulak huhu... Tengoklah sendiri, setiap kali beliau update entri mesti best, ramai nak bagi komen. Pandai betul Encek Ben pikat pembaca... Lelaki kan terkenal dengan sifat simple diorang kan.. Less is more..but more with knowledges... Tengoklah followers Encek Ben tu, dah masuk 5 angka..Mantap bro! hehehehe... Tak silap aku, Encek Ben penah mention kat blog dia dulu, ramai followers pun bukan bermakna traffic kita akan naik tinggi  mencanak-canak setiap hari. Ada jugak yang hanya jadi silent readers,yang penting rajin update, entry pun kaw-kaw..tak gitu Encek Ben?..

Blog lelaki yang anda wajib masuk setiap hari..

~ Blog Ben Ashaari  <--beliau best dan antara terbest..(wajib bodek okeh..) teeheee :)..
~ Blog Carl Samsudin < pun best gak..photographer kalau x silap..
~ Blog Mamat Khalid ( pengarah antu kak limah tu...)
~ Blog Cik Mat Gebu<-- lelaki yang gemar masak dan berkongsi resepi
~ Blog Obiefiend <-- best giler blog beliau..asik nak gelak jer..
~ Blog Adamxis[dot] com <--byk info..
dan adalah jugak beberapa lagi blog lelaki yang menarik, tu aku sekadar menyebut beberapa nama je..

Jika anda blogger lelaki, apakah yang anda letak dalam blog anda?

~ Isshh..takkan aku nak letak widget-widget comel dan berlip-lap siap background kaler pink dengan template Hello Kitty tu pulak ekk..kan orang kata apa pulak nanti. Alamak..aihh.. soklan susah betul la nak jawab..nmpk mcm simple. Kalau aku lelaki minat apa ek? maybe aku kongsi minat dan hobi aku kat blog... Tapi dalam setiap pengisian dalam blog tu haruslah menarik minat orang nak baca macam blog Encek Ben kan..Tahla.. Encek Ben, tak reti pulak nk jawab soklan ni..

Selesai..sudah menjawab soalan segmen Encek Ben kali ni.. Jenuh gak nak jawab.. fuhhh..panjang berjela2..

**tapi kan. Encek Hubby selalu cakap macam ni kat aku tau... dia kata, Perempuan hatinya kat mulut, Lelaki mulutnya kat hati... apa agak-agaknyer maksud dia tu ekk...**

footnote:  kalau ada yang tersentap dengan pendapat aku mintak mahap la yer..aku sekadar memberi pandangan sempit aku jer... Maklumlah man from mars women from venus. Kalau ada tersilap kata, terkasar bahasa, mohon ampun  dan maaf ku pinta...



Selasa, 8 Mac 2011

Jelajah Blog 2011: Kategori Ibu

BANNER BEN ASHAARI

Assalamualaikum..
Buat kali ke-3 aku join segmen kelolaan Encek Ben Ashaari. Kali ni paling best sebab dikhaskan untuk mereka yang bergelar ibu,mama,emak,mommy,umi, dan sewaktu dengannya.. Kepada yang nak join silalah klik banner beliau diatas tu yer.. Segala terma dan syarat penyertaan ada diblog beliau.

Jom mulakan.....

Siapakah diri saya?

Saya ibu kepada Nur Haziqah Najla Ishak..dan juga isteri kepada Encek Hubby saya. Sejak disahkan mengandung, saya terus berhenti kerja. Lalu bergelarlah saya surirumah sepenuh masa..

Kenangan Manis Bergelar Ibu..

Banyak rasanya pengalaman manis jadi mak orang ni, firstly bila dapat tau pregnant la. Then..selamat melahirkan anak. Syukur alhamdullilah. Dapat menjaga anak tanpa bantuan sesiapa semua urusan penjagaan anak saya lakukan sendiri. Mudah2an Allah panjangkan umur saya untuk menjaga dan mendidik anak-anak sehingga mereka dewasa kelak.

Kenangan Pahit Bergelar Ibu

Kenangan pahit  ni dah 2 kali saya rasakan, dan terbaru hari Jumaat minggu lepas dan baru pagi tadi saya baru boleh keluar dari wad. Anak saya telah disahkan dijangkiti paru-paru berkuman (Pneumonia). Perasaan saya sukar diungkapkan, memang sedih sangat. Tapi menurut doktor penyakit ni masih boleh dirawat lagi. Kali pertama anak saya ditahan wad akhir tahun lepas dengan penyakit yang sama.

Kata-kata khas Buat Suami

" baik-baik sayang ada aku untukmu"  semoga Allah memberkati jodoh kita..

Kata-kata khas buat anak.

kepada, Haziqah anak ibu... jadilah anak yang solehah, sayangi diri sendiri, sayangi Allah dan Rasul dan seterusnya sayangilah ibu,..ibu,..ibu..dan ayah serta kaum keluargamu.. Bila kamu menyayangi diri sendiri terlebih dahulu, kamu takut untuk melakukan apa yang Allah larang, dan sentiasa membuat yang terbaik untuk diri sendiri.

Harapan Kepada Anak

Seperti mana harapan ibu bapa yang lain didunia ini. Mengharapkan anak yang dikandungkan selama 9 bulan 10 hari menjadi anak yang soleh/solehah, menuruti perintah Allah, beriman, menghormati ibu dan bapa, mencapai kecemerlangan didunia dan akhirat, menjaga tingkahlaku dan sentiasa berhati rendah ilmu pula biarlah tinggi.

Nasihat Buat Gadis Diluar Sana...

Wahai gadis,...ingatlah secebis bait-bait lagu ini...

"Ya Ilahi Rabbi.. Sempurnakanlah pekertiku
Sebagaimana Engkau menyempurnakan wajahku
Kurniakanlah rahmat bahagia ibubapaku
Berikan hidayah pada hati yang tertutup

Sebagai rimbunan daun-daun
Seandainya bilangan dosaku
Ya Allah ampunilah daku
Hamba bertaubat

Hai anak yang soleh, beruntunglah ayah dan bonda
Bagai mata air yang mengalir dalam syurga
Hai anak durhaka, pintu taubat masih terbuka
Jangan kau teruskan tingkah laku yang kecewa

Sebagai rimbunan daun-daun
Seandainya bilangan dosamu
Ya Allah ampunilah dia
Yang telah bertaubat..."

**lagu dari Allahyarhamah Datin Rafeah Buang
tajuk: Ya Illahi Rabbi*


Kecintaan Saya

footnote:  maaf kerana terlalu ringkas penerangan untuk segmen ni.. Baru balik dari wad sebab anak kesayangan sakit. Jiwa pun sedikit tak tenteram, tapi semangat nak menjoinkan diri tetap kugagahkan jua.

Jumaat, 4 Mac 2011

Melur Jelita Datang... Jeng..Jeng..Jeng!

Assalamualaikum..

Tadi kat fb kak Laili a.k.a Melur Jelita mengetag aku. Dia jemput join segmen kat blog kelolaan dia lewat tghari td. Mestilah aku nak join kan. Aku senang sangat dengan kak Laili a.k.a Melur Jelita ni. Walaupun kami tak pernah bersua muka, tapi macam dah kenal lama je kalo dok komen2 kat fb tu. Dia ni sangat mesra alam. Hehehe...
Kemarin dia ada promote blog aku. Aisehh!! segan sangat. Ada juga insan yang sangat baik hati dok promote blog aku yang tah hape2 nih. Terima Kasih kak Laili a.k.a Melur Jelita!

Meh! jom join segmen review blog dari kak Melur Jelita..
 dibawah ni adalah terma dan syarat menyertainya..aku kopipes jer..hehehe


1. Letak header Melurjelita.com atau banner Melurjelita.com.
Lagi bagus kalau letak di side bar blog anda.
2. Tajuknya MELUR JELITA DATANG…JENG JENG JENG!
3. Kalau dah buat atau nak sertai segmen ini…tinggalkan komen dan link anda di entry ini ya.
Tinggalkan di sini ya. jangan di entry lain atau di shoutbox…saya geget nanti..hehehe
4. terbuka kepada semua bloggers, Jelitawans atau Mr Jelitawans
5. Tarikh tutup 15 mac 2011




Harum sungguh si Melur Jelita ni... hehehe..ayat bodek please...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...