Memaparkan catatan dengan label Anakku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anakku. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mei 2011

Anakku anak Indon!

Assalamualaikum..

Hari demi hari anak kesayangan ku satu-satunya semakin petah berkata-kata walaupun dengan nada pelat. Alhamdullilah..syukur tak terhingga aku kepada Allah S.W.T kerana diberi zuriat yang cukup sempurna kepadaku. Kini, Najla dah pandai mengajuk-ajuk percakapan orang dewasa. Cubalah tanya dia apa saja, pasti ada jawapannya, walaupun sepatah haram tak faham maksud kata-kata dia tu, tapi layankan  ajelah.

Malam tadi, Encek Hubby melayan kerenahnya, maklumlah anak kesayangan ayah. Bila dah ada ayah, ibunya ni dia lupalah kejap. Tapi bila nak 'tek' carilah ibunya ni...

Encek Hubby pun tanya dia macam ni..

Encek Hubby: Awak anak sape?

Najla: (..takde jawapan sebab tengah ketawa-ketawa dalam pangkuan ayahnya..)

Encek Hubby: Haziqah..ayah tanya ni,..awak anak sape?...

Tiba-tiba terkeluar dari mulut dia cakap macam ni dengan lancarnya..

Najla: Aaanak ndon!!

Encek Hubby: Apa?! (encek hubby tanya sambil ketawa terbahak-bahak) Anak sape?...

Najla: Aaanakk ndon! (dia pun ketawa jugak bila tengok Encek Hubby dan aku terketawa sampai pecah perut masa dia ulang cakap macam tu)

Aku sampai sakit perut ketawa tak berenti2. Tak tahan tengok muka dia yang selamba je cakap dia anak Indon.  Pastu orang ketawa, dia ketawa jugak, padahal dia pun tak paham dia cakap apa. Kah..kah..kah..

Sampailah pagi tadi bila aku tanya 'anak sapa' dia  tetap jawab 'anak ndon'. Siapalah pulak yang mengajar.. Hadoiyaiii..anak..anak..

Betullah apa yang aku pernah baca dalam sebuah majalah , umur kanak-kanak yang berusia 1-5 tahun minda mereka sangat peka dengan alam sekelilingnya. Kalau ikut segi sains pada waktu inilah saraf-saraf neuron mereka sangat pesat membangun. Disebabkan itu mereka sangat suka mencontohi apa saja perbuatan orang yang ada disekeliling mereka. Senang citer kanak-kanak ni cepat pickup la. Jadi bila depan anak-anak jagalah setiap perkataan, kalau boleh jangan tunjuk depan mereka perbuatan yang kurang elok.









Ahad, 2 Januari 2011

Grooming with Najla...

Salam

The best part dalam hidup berumahtangga selain daripada hidup bahagia aman dan sejahtera bersama suami tercinta, anak-anak merupakan salah satu sebab yang menjadikan kehidupan berumahtangga lagi terasa lengkap dan sempurna. Terutama bagi mereka yang bertuah bergelar ibu dan bapa. Tanpa anak-anak sudah tentu rumahtangga terasa hambar. Sebab itulah ramai pasangan yang belum dikurniakan cahayamata berusaha sedaya upaya mencari alternatif terutama dalam bidang perubatan mencari ubat kesuburan yang membolehkan pasangan mereka hamil. Kerana kehadiran anak-anak itu adalah sebagai penghubung kasih sayang suami dan isteri. Gelak, tawa, tangis,jerit,pekik anak-anak penghibur suasana dan terasa ceria bila melayan kerenah mereka walaupun terkadang mencabar kesabaran diri tapi itulah hakikat dan  asam garam bila bergelar ibu dan bapa.
>
>
>
>

Oke..oke  aku bukan nak bermotivasi  di sini...tapi, nak tunjuk aksi Najla yang selepas baik dari sakitnya ni haa.. Bila dah baik sikit mulalah dia buat kerja... meh tengok dia grooming.

Mula-mula sapukan foundation di kawasan mata..
Letak macam ini ye, puan2...
Oh! iye..jangan lupa sapukan juga di seluruh kaki puan2 ye..

Sapukan dikedua-dua belah kaki puan2 oke.. supaya kulit kaki menjadi halus, mulus, tulus ye puan2..

Lihat..foundation hendaklah dihabiskan untuk disapukan ke seluruh badan..

Haa.. itulah kerja anak dara aku sorang tu kalau aku leka dari memerhatikan dia. Macam-macam dia buat. Hari tu habis lipstick aku dikerjakannya, hari ni foundation aku pulak. Nasiblah aku dah tukar foundation lain. Kira tu dah tak pakai pun. Kalau tak kerja nak beli jelah. Bising my hubby tu sebab tiap-tiap bulan asyik nak beli mekap je. Dia tak tau, anak dara kesayangannya punya angkara...

Rabu, 29 Disember 2010

Bronchopneumonia

Salam.

Minggu lepas adalah minggu yang betul-betul menyesakkan dada, minggu yang paling sedih bagi aku. Sebabnya ialah kesihatan Najla yang tidak begitu baik. Demam sentiasa on/off. Kejap baik, kejap demam lagi. Paracetamol, antibiotik dah 2 botol habis, tapi masih demam juga. Kan aku ada buat entry pasal Najla demam nak tumbuh gigi bulan lepas, start daripada demam tulah keadaan kesihatan anak ku tak stabil.

Seminggu lepas tu dia ok, tapi seminggu kemudian dia demam semula, kebetulan 8/12 tu dia ada appointment  pelalian imunisasi..alahh..inject untuk kanak-kanak yang umur 18bulan tu.. tapi disebabkan dia demam, jadi terpaksa hubby aku call nurse nak tunda sampai demam dia baik nanti. Kalau tengah demam, tak boleh buat suntikan kata nurse tu. Jadi dia buat appointment semula suruh datang minggu depan pulak. Then, minggu depannya aku bawa si Najla ke klinik dan nurse tu bagi suntikan. Najla setiap kali lepas inject je, mesti demam aku dah risau je padahal baru je baik. Tapi nurse tu kata balik rumah terus beri dia paracetamol.  Belum petang pun aku dah rasa badan dia hangat lain macam je. Masa tengah nyusu tu aku dah rasa mulut dia panas semacam. Memang demam la tu. Petang tu aku mandikan air sejuk nak hilangkan panas badannya, lepas tu jelumkan kepala dengan daun bunga raya kemudian ramas-ramaskan ke dalam semangkuk air dan basah-basahkan atas ubun-ubun dia. Petua mak aku kalau nak kurangkan panas badan buat macam tulah. Nampaknya sejuk sikitlah suhu badannya. Bangun pagi esoknya elok pulak, tak panas tapi tulatnya demam semula, aku buat treatment yang sama juga, elok lagi. Then hari selasa minggu lepas dia start demam semula, kali ni paling teruk siap selesema dan batuk.  Kali ni aku memang tak sedap hati, aku dengan hubby nak mandikan dia dengan air sejuk, tapi mak mertua aku tak bagi katanya kesian. Tapi menurut kata hubby, pengalaman dia kerja kat hospital, antara  rawatan untuk budak yang demam panas memang kena mandikan. Sebab nak jaga hati mak mertua aku tu kitorang tak mandikan lap je.
Then, aku bincang dengan hubby nak bawa Najla ke hospital pulak, nak buat blood test. Aku penahlah baca kat internet, kalau kanak-kanak bawah usia 3 tahun kerap demam, mesti ada something wrong berlaku kat dalam badan mereka. Hubby memula tak mahu, tapi aku berkeras nak pegi, kalau bawak klinik swasta diorang tak boleh buat apa pun, kita boleh juga buat blood test, tapi result mesti dapat lambat. Kalau kat hospital lain la..diorang cukup peralatan. Finally hubby setuju jugak, dia kan kerja kat hospital, dia kata tak sampai hati tengok budak-budak yang berwayar-wayar kat badan kena pasang drip tu. Inikan pulak nanti kena kat anak sendiri. Tu yang dia tak sanggup nak bawa hospital. Mak mertua aku memula tak setuju juga, tapi kitorang terpaksa ketepikan tu semua demi kesihatan anak aku ni. Aku kan ibu dia, aku tahu anak aku memang sakit. Sakit yang bukan sekadar sakit demam biasa.

Malam rabu lepas, aku dan hubby bertolak ke hospital. Memandangkan hubbyku staff hospital jadi aku tak payah duduk tunggu nombor, masuk je daftar terus dapat jumpa Medical Assistant tu. Dia check badan Najla, then suruh buat blood test. Masa tangan Najla nak dicucuk jarum untuk ambik sample darah dia, air mata dan bergenang je. Menangis si Najla menahan sakit tu. Darah dia agak pekat, nurse tu kata Najla demam dah lama. Lepas sample darah diambil, nurse terus pasang drip. Sedih aku tengok Najla merengek-rengek. After a few hours, result pun dapat. Doktor panggil hubby, dia bagitau darah Najla berkuman. Paru-paru dia banyak kahak dan berkuman. bacaan darah dia pun sangat tinggi sampai 30. Aku pun tak berapa paham juga apa yang dikatakan doktor tu, dah dia kata tahap tinggi tu bermakna bahaya la tu. Dia cakap, kalau bacaan masih diangka bawah 20, Najla boleh balik dan diberi oral antibiotic. Tapi memang aku dah agak dah masa sebelum bertolak ke hospital, Najla mesti kena tahan wad. So, doktor cina tu arahkan Najla ditahan masuk wad. Aduhhh..duhh...aku terus macam nak nangis la pulak, issshh..tanaklah aku duduk hospital lama-lama.

Najla dimasukkan dalam wad kanak-kanak. Masa mula-mula masuk wad tu, Najla tengok atas bawah, kiri kanan bilik tu. Lepas tu menangislah dia, sebab masuk tempat asing bagi dia. Dekat pukul 3 a.m dia tak tido, merengek saja. Nurse pun keluar masuk bilik sebab nak check suhu badannya, setiap kali nurse datang nak check je dia mulalah melalak, bukannya nurse nak inject pun nak menangis. Phobia.
Esok paginya doktor pun datang check, aku suruh hubby tanyakan apa penyakit Najla sebenarnya, doktor kata penyakit tu namanya "Bronchopneumonia". Aikk..ape benda tu..kalau pneumonia aku penah dengarlah.
Nak cari kat google, komputer takde lak masa tu.. kata doktor sistem imun dlm badan Najla sangat lemah. Sebab tu dia kerap demam. Sistem kekebalan tubuhnya tak mampu nak fight virus,bakteria, kuman2 tu..
Sebab tu Najla kena tahan wad, tak boleh bagi dia oral antibiotik. Dan bahasa pasar bronchopneumonia tu ialah "radang paru-paru"
Maka, duduklah aku dan Najla dalam wad yang bosan itu 5 hari 4 malam...dan hari Ahad 26/12 barulah boleh discharged.. 3/1 nanti kena pegi hospital lagi buat follow up check nak ambik darah lagi. Mintak2 jangan kena tahan lagi sudah. Bosan gila duduk hospital tu...


wajah kecil yang tidak tahu apa-apa kecuali rasa sakit yang dialaminya..


antibiotic inside..3 botol air habis dalam masa 2 hari..


menangis kesayuan..sayu lagi hati si ibu..


sedih...


dapat ibu bayangkan sakitnya...


sabar sayang kejap lagi sembuh ye..


bilik kecil yang membosankan..


kembali ceria..


ceria dan bermain...


amaran keras sebelum meninggalkan anak sendirian di katil.


no.14 wad 322.. Nur Haziqah Najla. sekali ni jelah kita duduk sini sayang..

Bronchopneumonia

Bronchopneumonia or bronchial pneumonia or "Bronchogenic pneumonia" (not to be confused with lobar pneumonia)[1] is the acute inflammation of the walls of the bronchioles. It is a type of pneumonia characterised by multiple foci of isolated, acute consolidation, affecting one or more pulmonarylobules.
It is one of two types of bacterial pneumonia as classified by gross anatomic distribution of consolidation (solidification), the other being lobar pneumonia.[2
Bronchopneumonia is less likely than lobar pneumonia to be associated with Streptococcus.[3]
The bronchopneumonia pattern has been associated with hospital-acquired pneumonia, and with specific organisms such as Staphylococcus aureusKlebsiellaE. coli, and Pseudomonas.[4]
In bacterial pneumonia, invasion of the lung parenchyma by bacteria produces an inflammatory immune response. This response leads to a filling of the alveolar sacs with exudate. The loss of air space and its replacement with fluid is called consolidation. In bronchopneumonia, or lobular pneumonia, there are multiple foci of isolated, acute consolidation, affecting one or more pulmonary lobes.
Although these two patterns of pneumonia, lobar and lobular, are the classic anatomic categories of bacterial pneumonia, in clinical practice the types are difficult to apply, as the patterns usually overlap. Bronchopneumonia (lobular) often leads to lobar pneumonia as the infection progresses. The same organism may cause one type of pneumonia in one patient, and another in a different patient. From the clinical standpoint, far more important than distinguishing the anatomical subtype of pneumonia, is identifying its causative agent and accurately assessing the extent of the disease.

agak2 korang paham tak??

Jumaat, 26 November 2010

Najla Demam Lagi..

Salam..

Hari ni barulah aku dapat update story-mory setelah berehat selama 4 hari.. Bukan apa, Najla baru je baik demam. Start petang ahad lepas dia macam slow je..kebetulan hari tu aku balik Batu Pahat. Mula-mula aku tak perasan, tapi mama yang perasan badan dia panas lain macam. Tapi hari ahad lepas tu memang cuaca agak panas terik jugalah. So, malam tu hubby pegi farmasi belikan panadol untuk kanak-kanak dengan koolfever je, memandangkan keadaan dia yang nampaknya belum serius sangat.
Sedar-sedar dalam pukul 4 a.m macam tu dia merengek minta susu, tapi temperature badan dia semakin panas aku terus kejut hubby, biasanya kalau Najla demam, hubby terus mandikan dia. Tujuannya nak kurangkan temperature panas badan. Kesian juga aku tengok Najla melalak menahan kesejukan dimandikan hubby tu. Sedih woh... menggigil-gigil dia, tapi kata hubby jangan kesian sebab inilah treatment paling berkesan nak hilangkan temperature panas bila demam. Dia kata kalau kat hospital lagi doktor dan misi-misi tu mandikan baby  dengan ais. Haishh..kesiannye..
Dalam pukul 10a.m lebih kurang, aku dan hubby bawa Najla pegi klinik, doktor periksa dan bagi paracetamol je. Slow je Najla bila demam, nak cakap-cakap, main-main macam biasa pun tak larat, aku agah-agah dia pun tak dilayannya..takde mood. makin merengek adalah..
Demam Najla kali ni tak makan hari sangat, hari Selasa dah kebah dah..cuma aku perasan dia still tak mau cakap-cakap, yang peliknya air liur dia meleleh pulak, pelik campur takut aku dibuatnya. Aku pun segera check mulutnya, tapi dia tak mau bukak mulut langsung, aku bagi makan,bagi minum semua tak mau aku bagi susu badan dia langsung tak mau hisap. Macam ni aku lagilah bertambah risau, aku suruh mama try buka mulutnya, tapi mama pun tak berjaya. Air liur terus mengalir..airmata aku lagilah pun nak mengalir juga. Aku pun call hubby dah cakap masalah Najla. Hubby kata mungkin ada ulser mulut kot, sebab semalamnya kan dia demam, hubby suruh aku beri dia minum air masak banyak-banyak dan kalau tak ok, pegi klinik lagi.
Aku buat juga arahan yang hubby suruh tu..mula-mula dia pun taknak bukak mulut, nangis pun nganga sikit-sikit je mulutnya..hihihi..kelakar pun ada, comel je dia..masa dia nangis tu tiba-tiba dia pegang jari aku dan terus masukkan dalam mulutnya, lepas tu dia gigit jari telunjuk aku, kat gusi dia macam rasa bengkak barulah aku tau, dia nak tumbuh gigi lagi rupanya....gigi geraham kali ni. Mama pun kata, patutlah semalam demam..rupa-rupanya demam nak tumbuh gigi. Masa tu baru lega sikit hati aku, yelah  ibu mana yang  tak takutkan,bila mendapati anaknya tiba-tiba berubah laku, lagi-lagi masa tu lepas baik demam..haishhh..nauzubillah.. Aku pun pegi farmasi dan belikan Bonjela buat bubuh kat gusi dia yang membengkak tu.
Hari ni nampaknya dia dah ceria dan boleh cakap-cakap bahasa dia macam biasa, cuma manja sikit lah lepas demam ni, asyik nak minta  dukung bawak dia jalan-jalan kat halamanlah, mintak usap-usap kaki dia lah, tapi yang aku risau ni makan je belum ada selera lagi. Dahlah dia tu jenis susah nak makan, bila dah demam lagilah payah nak makan tambahan pulak gusi sakit, langsung tak dijamahnya makanan. Bulan depan nak timbang pulak tu dan nak inject last bagi jadual imunisasinya, hari tu dah lepas sikit garisan kuning, ni minggu depan nak check up lagi mudah-mudahan taklah turun garisan tu. Malas nak dengar misi-misi tu bebel. Padahal anak-anak diorang tu pun belum tentu sihat walafiat semua. Wallahualam..

**entry agak kelam kabut sebab dah ngantuk gila..**

Jumaat, 12 November 2010

Tabung Unta Si Najla

Salam


Inilah hobi terbaru Najla.. Najla sekarang suka collect duit syiling masuk tabung unta dia tu, asalnya tabung tu dapat masa hubby buka akaun kat Ambank dulu. Memang hubby khaskan tabung tu untuk Najla pun, hubbyku kata biar biasakan dia belajar menabung duit dari kecil. Hubby aku kalau nak tau memang jimat cermat sangat orangnya, berbeza sangat dengan sifat isterinya ni haa, sangatlah boros..hehehe..
 Tapi harap-harap Najla tak ikut sifat aku yang boros tu..sifat lagha tu kan.. Tapi tu dululah, masa aku bekerja..sekarang dah jadi housewife i dah pandai jimat tau...no demand-demand..hubby kata belajar hidup sederhana, hidup berjimat cermat makan pakai apa yang ada. Semua nasihat hubbyku itu memang ada benarnya, sekarang bila aku fikir balik zaman aku berboros2 dulu memang rasa menyesal tak sudah, sayangnya rasa setiap sen yang aku laburkan untuk beli barang tak berfaedah tu. Sekarang aku akan biasakan Najla menabung sampailah dia dewasa kelak, semua untuk kesenangan dia juga nanti. Cakap pasal savings ni, duit raya Najla aku belum masukkan dalam bank lagi termasuklah duit sumbangan dari sedara mara masa majlis cukur jambul dia dulu dan duit raya tahun lepas. Nanti ada masa nak buatkan juga untuk dia buku akaun simpanan , aku ni kalo time outing bukannya teringat benda penting macam ni..hurmm..careless sungguh.













Jangan tak tau, duit yang dalam tabung ni nanti dia akan suruh bukak penutupnya kat bawah tu, lepas tu dikeluarkan semula duit2 tu dan masukkan tabung balik...Tak ke kerja namanya tu??? hurmm..budak nama Najla memang begitu..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...