Memaparkan catatan dengan label santapan rohani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label santapan rohani. Papar semua catatan

Rabu, 2 Mac 2011

Syahdunya..Airmata bergenang tatkala mendengarnya...

Assalamualaikum..


**kredit to 4 Shared.com**

Serius! Sedih.. aku sedih setiap kali dengar lagu dari Allahyarhamah Datin Rafeah Buang nie.. liriknya menyentuh kalbu..memang confirm aku pasti menangis bila dengar lagu ni. Masa aku menaip ni pun air mata dah menjejes.. ingat kat mama dan abah aku..lagi time2 sedih gini..
First time aku dengar lagu ni masa aku darjah 2 kot tak silap, pastu lama tak dengar..tetiba bukak Youtube ternampak pulak ada lagu ni..Aduhh..syahdunya.. Nak share kat blog tak boleh pulak. Cari kat 4 shared barulah boleh embeded code share kat sini. Terima kasihlah kepada insan-insan yang berhati mulia yang sudi upload lagu bagus macam ni. Liriknya simple tapi bermakna...


Ya Ilahi Rabbi.. Sempurnakanlah pekertiku

Sebagaimana Engkau menyempurnakan wajahku
Kurniakanlah rahmat bahagia ibubapaku
Berikan hidayah pada hati yang tertutup

Sebagai rimbunan daun-daun
Seandainya bilangan dosaku
Ya Allah ampunilah daku
Hamba bertaubat

Hai anak yang soleh, beruntunglah ayah dan bonda
Bagai mata air yang mengalir dalam syurga
Hai anak durhaka, pintu taubat masih terbuka
Jangan kau teruskan tingkah laku yang kecewa

Sebagai rimbunan daun-daun
Seandainya bilangan dosamu
Ya Allah ampunilah dia
Yang telah bertaubat

Isnin, 28 Februari 2011

Sebelum Kamu Mengeluh....

  1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan sekali tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
  2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
  3. Sebelum kamu mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
  4. Sebelum kamu megeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk dalam hidupnya.
  5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri kamu, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
  6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.
  7. Sebelum kamu mengeluh tentang anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak, tetapi dirinya mandul.
  8. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya,fikirkan tentang orang yang tiada tempat tinggal, hidup dijalanan.
  9. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah mengembara,fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
  10. Dan di saat kamu lelah dan mengeluh dengan pekerjaanmu,fikirkan tentang pengangguran, orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kamu.
  11. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,ingatlah bahawa tiada seorang pun yang tidak berdosa.
  12. Kita semua menjawab kepada Sang Pencipta.Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesedihan,kesusahan..senyumlah dan berterima kasih kepada Tuhan bahawa kamu masih hidup!
  13. Cintai orang lain dengan perkataan dan perbuatanmu.
  14. Cinta diciptakan tidak untuk disimpan atau disembunyikan.
  15. Kamu tidak dicintai seseorang kerana dia cantik atau tampan. Mereka cantik/tampan kerana anda mencintainya.
  16. It's true you don't know what you've got until it's gone,but it's also true you don't know what you've been missing until it arrives!!..
*sumber..buku Keramat Seorang Ibu -Mohammad Qayum A.Badaruddin*

Rabu, 5 Januari 2011

Menangislah... Jika Harus Menangis




Air mata telah jatuh membasahi bumi
Takkan sanggup menghapus gelisah
Penyesalan yang kini ada
Jadi tak berarti
Karna waktu yang bengis terus pergi
Menangislah bila harus menangis
Karena kita semua manusia
Manusia bisa terluka manusia pasti menangis
Dan manusia pun bisa mengambil hikmah
Dibalik segala duka tersimpan hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran
Dibalik segala suka tersimpan hikmah
Yang kan mungkin bisa jadi cobaan
...lagu yang sering membuatku insaf..dan selalu menitiskan airmata setiapkali mendengarnya...
menangislah kalian sebelum kalian ditangisi..menangislah atas sikap buruk, dosa-dosa besar dan kecil kita kepada Allah, manusia dan setiap makhluk di dunia..setiap kedukaan tersimpan hikmah, dan setiap kegembiraan tersimpan pelbagai onak duri dan cubaan. Maka, bersederhana dalam kehidupan ini...dan menangislah bila harus menangis. 


Jumaat, 31 Disember 2010

Apabila Cinta Bertukar Benci

Apabila cinta bertukar benci


Perasan cinta yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan seseorang itu bertukar jadi ganas. - Gambar hiasan



CINTA sepatutnya membuatkan pasangan kekasih, tunang atau suami isteri berasa bahagia, ceria, gembira dan dihargai. Sebabnya, cinta wujud daripada perasaan baik. Terhasil daripada kasih dan sayang serta saling mempercayai.
Kalau itu asas cinta, kalau kasih sayang yang mengikat sesebuah percintaan kenapa saban hari kita didedahkan dengan laporan mengenai pasangan terutama si wanita dikasari, didera dan ada yang dibunuh dalam perhubungan cinta?
Kenapa perasaan cinta yang sepatutnya menyuburkan rasa kesihan dan saling melindungi bertukar menjadi kejam? Hingga ada pasangan yang disiksa tanpa peri kemanusiaan seperti disimbah dengan asid dan dibakar.
Salah satu puncanya ialah apabila seseorang itu merasakan hubungan cintanya tergugat apabila ada elemen-elemen yang menyatukan mereka kian pudar.
Pakar Psikologi, Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Mariani Md. Nor berkata, perasaan cinta wujud daripada tiga elemen yang ada dalam diri seseorang.
Elemen pertama, katanya, komitmen iaitu perasaan sayang-menyayang antara pasangan.
Kedua, keintiman iaitu keakraban fizikal atau emosi yang membuatkan seseorang terlalu sayang terhadap pasangannya. Yang ketiga keghairahan yang bermaksud sentiasa ingin berdekatan kerana komitmen serta keintiman.
"Setiap pasangan bercinta perlu mempunyai tiga elemen ini untuk memastikan kebahagiaan hubungan mereka berterusan.
"Jika seorang daripada pasangan itu mendapati pasangannya tidak mempunyai ketiga-tiga elemen ini, akan timbul rasa tidak puas hati.
"Kerana inginkan pasangannya menunjukkan ketiga-tiga elemen tersebut dan bimbang kehilangan orang yang dicintai, seseorang itu mampu bertindak ganas sehingga di luar kemampuan dan jangkaannya sebagai seorang yang normal," katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia baru-baru ini.
Mariani berkata, bagaimanapun, terdapat juga beberapa faktor lain membuatkan seseorang bertindak ganas kepada orang yang dicintainya.
Adakala, campur tangan keluarga dalam perhubungan sehingga membuatkan pasangan suami isteri atau kekasih tidak mampu berfikir dan membuat keputusan sendiri.
Keadaan itu mampu menimbulkan persengketaan antara pasangan berkenaan.
Selain itu, katanya, keletihan atau penat juga mampu menjadikan seseorang bersikap lebih kasar dan panas baran terhadap pasangan.
Justeru, tambahnya, bagi menangani masalah keganasan dalam percintaan, setiap pasangan sama ada lelaki atau wanita perlu banyak bermuhasabah diri dan beristifar jika berdepan masalah dan apabila wujud rasa tidak puas hati.
"Orang yang sedang marah sering bertindak di bawah sedar jadi seseorang itu perlu menenangkan diri sendiri agar tindakan yang diambil bagi menangani masalah percintaannya adalah yang terbaik.
"Keluarga adalah individu yang paling rapat dengan pasangan jadi mereka perlu membantu sama ada menasihat atau membawanya bertemu kaunselor.
"Pihak ketiga iaitu keluarga atau kaunselor adalah individu penting untuk menyelesaikan konflik besar dalam sesuatu perhubungan kerana ia adalah contoh kemurungan peringkat awal," ujarnya.

Rabu, 17 November 2010

Wanita Itu Lemah, Wanita Itu Lembut

Salam

Petang-petang raya ni aku takde apa2 event. So,Najla pun dah tidur aku pun beronline laa.. Buka Facebook jumpa pulak note ni ..penyampaian penulis sungguh touching sebab minat dgn nukilannya aku pun mintak share note tu dan copypaste kat blog.


Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut… ..
besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan …
kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam…
Diam seolah-olah menerima…
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani… di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat .
celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat…
di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah…
bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah…
bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah…
terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud…
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati…
Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita… .
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

‘KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT’

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..



Isnin, 15 November 2010

Semakin Ramai Bercerai-10 tahun pertama terdedah perceraian

10 tahun pertama terdedah perceraian




"BANGI 14 Nov. - Kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan rumah tangga sekiranya tiada kesabaran.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha berkata, kajian Jakim pada 2008 itu mendapati, pada tempoh berkenaan perkahwinan menghadapi cabaran hebat seperti rumah tangga mudah goyah sehingga berlakunya perceraian.
Dalam pada itu, katanya, dalam kajian pada 2007 pula mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian.
Selain itu, katanya, 27.7 peratus perceraian berlaku untuk tempoh enam hingga 10 tahun pertama perkahwinan.
"Kajian juga menunjukkan 44.9 peratus perceraian berpunca daripada pasangan gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing selain masalah akhlak, kewangan, seksual dan campur tangan orang ketiga," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Kursus Keluarga Sakinah sempena Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan musim kedua di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu, Penolong Ketua Pengarang II, Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Halid Sintol, Pengarah ILIM, Paimuzi Yahya serta 200 peserta yang bakal mendirikan rumah tangga.
Othman juga memberitahu, sebanyak 135,136 perkahwinan didaftarkan pada 2009, manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan pada tahun berkenaan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pasangan yang bakal berkahwin supaya bersedia menghadapi tekanan seperti proses penyesuaian tingkah laku dan tabiat suami isteri.
Dalam pada itu, katanya, mereka juga harus bersedia menanggung beban tugas dengan penambahan anak, perbelanjaan membayar hutang, kenderaan, persekolahan anak, pengasuh dan bantuan kepada ibu bapa yang sudah tua.
Katanya, perlu diingat perceraian memberi kesan buruk kepada anak-anak, justeru isu-isu gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat kini adalah mereka dari keluarga kucar kacir dan tidak stabil."




"komen aku..

cintailah pasangan kita seadanya, bertolak ansur, jujur, saling memahami dan nawaitu kerana Allah S.W.T  kalau ini ada pasti rumahtangga aman bahagia.

Jumaat, 12 November 2010

Sabda Rasullulah S.A.W Tentang Anak-anak

Salam

Anak-anak adalah penyeri hidup, kehadirannya membawa erti dan rezeki tersendiri kepada ibu bapanya, Anak-anak juga ibarat kain kanvas putih,ibu bapanya bertanggungjawab mencorakkannya..Dan salah satu amalan yang akan dibawa ke alam selepas dunia kelak ialah doa-doa anak yang soleh dan solehah..


1. Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga.

2. Syurga adalah sebuah kampung ketenangan, tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.

3. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah. Orang yang menangis kepada Allah maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.

4. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.

5. Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan mambawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia akan mendapat rahmat dari Allah swt dan tidak akan disiksa di akhirat kelak.

6. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak laki-laki. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.

7. Perintahkanlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.

8. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

9. Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil, maka orang tua ikut menanggung setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya.

10. Barangsiapa membekalkan nanak-anaknya dengan adab dan ilmu agama, maka orang tua akan mendapatkan pahala seperti pahal anak-anak.

11. Setelah anak perempuan berusia 16 tahun, maka nikahkanlah dia. Ketika itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya sambil berkata " Anakku, kau telah kudidik, kuajar dan kunikahkan. Semoga Allah melindungiku dari bencana kerana dirimu di dunia dan akhirat".

12. Muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi taming atau penghalang untuk masuk neraka.

13. Anak-anak adalah taming neraka, makan bersama mereka akan membebaskan kita dari neraka dan memuliakan mereka menyebabkan kita selamat ketika menyeberangi titian shirath.


 

Isnin, 8 November 2010

Kisah kasih ibu ke akhir hayat..

Salam

Berita yang keluar kat Buletin Utama malam semalam, betul2 buat hati aku terperanjat dan sedih.
Berita pasal kejadian rumah terbakar dan mengakibatkan 2 beranak mati rentung akibat kebakaran dirumah mereka. Aku terperanjat sebab tempat kejadian tu berlaku, masih dalam area  kampung aku..nak kata dekat tak jugaklah, tapi dalam satu daerah dan pekanla kiranya.  Semalam  pun masa aku balik kampung kejap, mak aku ada cerita jugak pasal kejadian ni, tapi aku tak berapa ambik pot sangat pasal masa tu aku sibuk kejar anak aku nak bagi dia makan, lepas tu adik-adik aku main PS2 bingit sangat, langsung aku tak dengar mak aku cakap apa. Tapi bila malam semalam tengok berita baru aku tau ni lah dia cerita yang mak aku dok cerita aku tu kot..pastu baru call mak aku mintak dia cerita balik, pasal kat Buletin Utama cerita sikit sangat (hehehe..pekak badak dan lambat pickup punyer anak..hehehehe) Lepas tu subuh-subuh lagi aku dah buka laptop nak baca berita online. Hari ni semua surat khabar ada siarkan kisah menyayat hati ni..

Sedihkan.. arwah dan anaknya meninggal dunia dalam keadaan bersujud di mana kedudukan anaknya dalam pelukan dia. Mungkin masa tu arwah dah tak ada jalan lain nak menyelamatkan diri lalu berserah je kepada Allah. Berita yang aku baca kat paper tu kata arwah cuba meminta tolong tapi asap yang tebal dan api pula sedang marak ketika tu membuatkan arwah sukar meminta pertolongan. Abang arwah ada juga cuba menyuruh arwah keluar ikut tingkap tapi masa tu dah tak boleh buat apa-apa kerana api semakin marak. Haisshh...tak dapatlah aku nak membayangkan..macamana keadaan arwah ketika tu. Semoga roh arwah dan anaknya dicucuri rahmat Allah, ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Mudah-mudahan..Amin.

Al-Fatihah..

(boleh baca lebih lanjut kat sini..)

 Masa aku baca pun air mata berjurai-jurai turun..sebab aku bayangkan keadaan dia masa mintak tolong  tu... Bayangkan lah kalau aku ditempat  keadaan arwah dan anaknya ketika tu, isssshhh.. nauzubillah...mintak dijauhkanlah. 

Lagi satu kisah yang touching jugak pasal kasih ibu ni, teringat pulak komik kartun yang dilukis masa kejadian gempa bumi kat China dulu...sedih jugak ni.. 


Sedihkan...

Begitulah kasih seorang ibu kepada anaknya..rela berkorban nyawa...walaupun diri sendiri terkorban..

Tapi..

Bagaimana pula kasih sayang kita pada ibu kita pula ye?? ..Mudah2an kita semua tergolong menjadi anak-anak soleh dan solehah..

Namun begitu.

Masih ada si ibu berhati iblis yang sanggup membuang zuriat yang dikandungkan merata-rata.. Manusia jenis ini memang tidak ada klasifikasi kecuali sama taraf dengan syaitan,iblis saja yang mempunyai berhati iblis sebegini.. Haiwan juga sayangkan anak....

Semoga kisah-kisah ini menjadi iktibar buat diriku..

I love u Mama!!.. 

Ibu sayang Najla....


Jumaat, 9 Julai 2010

Saya Nak Jadi Isteri Yang Baik.!!!..

>>>wahai suamiku yang tercinta hargailah isteri kamu ni ye..walaupun saya ni isteri kamu yang kekadang sedikit kepala batu,sedikit nakal,suka sikit2 bantah cakap kamu..maafkan saya ye..<<<<

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka
kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari
,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...

Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak….

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah
,
Tapi bila dah habis cuti tu..
. layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda:
berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!

Kata nak pahala lebih…
<----oowwhhh... macam ni, hari2mau yerr..

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?
<---tak takut, cuma family planning jer..


Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang
bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan

terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia

terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua.
.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
<-----yeke?? alamak selalu gak pe'el macam tu..


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses
u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.
<----- saya suka quote ni!!!!

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia".......



Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"


Marilah kita ucapkan kalimah ini:

"Laa ilaaha illallah!" x 10


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...