Memaparkan catatan dengan label Hobbies. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hobbies. Papar semua catatan

Rabu, 19 Januari 2011

Kisah Kasih Abah dan Adik-adik Superheroes Wannabe..

Salam

credit to: Dimas Mohd Fittri, Ben Yusof, Mohd. Suffian and Mohd Raihan..also to my little nephew Ben Mikhael...and our greatest Abah..Ja'afar Bin Ibrahim..

Entry ni aku tujukan khas buat  adik-adik aku yang khasnya lelaki tu. Aku ni ada 6 adik beradik, 4 lelaki 2 perempuan dan aku yang sulung. Kira aku kakak lah. Adik-adik aku ada macam-macam hobi. Hobi diorang suka kumpul mainan, terutama karektor superheroes. Kekadang kalau di lihat macam tak matang. Diorang kata bukan tak matang, tapi hobi.

 Kalau nak tau, macam-macam pe'el adik-adik aku tu, mostly diorang ter'influence' dengan adik aku yang  nombor 2 tu,  semua gila watak superheroes..lagi-lagi Starwars. Adik aku yang bongsu tu pulak kemaruk PS2. Macam-macam pesenlah diorang ni..cuma jangan terabai pelajaran sudah. Diorang ni memang kalau dah minat dengan sesuatu benda/ perkara tu sanggup berhabis duit gaji semata-mata nak dapatkan apa yang diorang nak.

 Sebabnya kecik-kecik tak dapat benda-benda tu semua.  Almaklumlah, kami dibesarkan dalam keluarga yang sederhana sahaja. Mama dan Abah kami kurang berkemampuan untuk memenuhi keinginan anak-anaknya semasa kecik dulu. Tapi kami redha dan tak pernah meminta pun. Kami faham kedudukan kewangan Abah yang bekerja sendiri untuk membesarkan kami. Mama pulak, mengambil upah menjahit baju kecil-kecilan. Tapi Abah aku tu very the caring father in the world tau, walaupun susah namun dia tetap  juga berusaha mendapatkan main-mainan, makanan, pakaian faveret kami adik beradik, terutama adik-adik lelaki aku tu. Walaupun gaji cukup-cukup  sahaja. Sampai kekadang Mama aku bising. Walau apa pun aku suka dengan keprihatinan Abah itu.   Terima Kasih Abah!





























































Guess Who?..wakakaka.... peace yaww!!

Khamis, 16 Disember 2010

Kecintaanku

Salam


Cawan ni doorgift dapat masa hubby pegi jemputan kahwin rumah kawan dia.

Inilah dia antara koleksi yang aku baru nak kumpul sekarang, sebenarnya aku dah lama minat dengan decor Inggeris Style ni. Cuma masa tu barang-barang macam ni susah nak dapat. Kalau ada pun mahal harganya sekarang aku dah jumpa tempat yang menjual decor-decor bercorak Inggeris ni yang menawarkan harga yang cukup berpatutan. Kualitinya memanglah tak setanding decor dari Vantage, tapi yang ini boleh tahanlah juga sesuai untuk mereka yang inginkan citarasa tinggi tapi berbajet rendah. Janji adaaa.. orang takkan belek punya barang korang..yang diorang akan nampak cuma cantik jer. Meh, aku kasi revealed kan rahsia kat mana aku beli, aku beli kat Air Hitam jer.. Hehehehe..

Aku suka sebab coraknya nampak klasik dan mewah.  Yang paling cantik printed corak flora tu.  Ada orang tak minat sebab nampak serabut, perabot warna putih senang kotor, malas nak mengelap, lepas tu ada yang kata tema macam ni bermusim dan macam-macam lagilah. Tapi pada aku tetap menawan kalbu. Cuma sekarang ni baru nak sikit-sikit buat collections. Sebenarnya peminat-peminat Inggeris style ni pun bukanlah diorang beli sekaligus decor-decor tu, kebanyakannya beli sikit dan kumpul. Mana yang rajin pergi oversea tu diorang beli je original dari tempat asal usul.  Ada yang kreatif diorang renovate perabot lama cat/spray dengan warna putih nak bagi effect corak Inggeris style. Jadi kat situ diorang dah boleh jimatkan kos nak beli perabot baru semata-mata nak samakan dengan tema. Tengoklah sikit hari nanti perabot dalam rumah ni nanti aku nak bagi cat kaler putih. Step by step kata omputeh... Nasib baik hubby aku tak kisah, malah lagi dia galakan. Tu yang heaven je rasa..hehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...