Memaparkan catatan dengan label Rencah Kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rencah Kehidupan. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2011

Rumahtangga Retak kerana Facebook..

SAYA tertarik membaca kisah Siti dalam ruangan ini bertajuk ‘Abai suami sendiri, rindu suami orang’ minggu lalu. Kisah ini hampir serupa dengan apa yang saya alami dua minggu lalu. Bezanya, mungkin saya tidak sebaik dan sesempurna suami beliau.

Banyak persamaan antara kisah saya dengan kisah Siti iaitu curang dengan teman lelaki lama berpunca daripada laman sosial facebook, berpura-pura dengan suami, bersayang-sayang dengan teman lelaki, cuma saya tak pasti ada perjumpaan rahsia atau tidak. Saya sangat memahami jika suami Siti sukar memaafkannya.
Kisahnya begini. Saya suami yang bekerja sendiri manakala isteri bekerja sebagai guru. Dalam perkahwinan kami selama 22 tahun banyak cabaran dihadapi, sama ada besar mahupun kecil.

Semuanya kami lalui dengan tabah walaupun sesetengah perkahwinan yang mengalami pengalaman seperti kami mungkin membawa kepada perceraian. Kami masih mampu bertahan, dengan izin Allah SWT.
Isteri mula mengenali facebook daripada kawan guru di sekolah. Apabila isteri menyebut mengenai facebook, saya awal-awal lagi tidak bersetuju dan memberikan beberapa kes kehancuran rumah tangga akibat facebook. Namun secara diam-diam, isteri membuka juga akaun facebook.

Mula-mula berkongsi kandungan facebook beliau dengan saya yang tak pandai guna facebook. Lama-lama beliau semakin bijak dan pandai menggunakan ciri-ciri dalam facebook.

Entah macam mana, satu hari saya terfikir untuk melihat kandungan facebook beliau dan saya dapati ada satu mesej yang isteri saya hantar kepada satu nama yang dijumpai, berbentuk pertanyaan adakah orang itu B yang belajar dengannya dulu? Hati saya hancur bila saya dapati B yang dicari itu adalah bekas teman lelakinya. Lalu dengan sedikit pengetahuan mengenai facebook, saya membuka akaun dengan menggunakan nama hampir sama dengan nama B, lalu saya berpura-pura mencari isteri saya. Satu mesej dihantar, tidak lama, terus mendapat jawapan.

Saya dapat bayangkan betapa gembiranya hati isteri saya ketika itu, dan betapa remuknya hati saya pula. Namun, saya bertahan dan teruskan kerana ingin tahu sejauh mana isteri saya pergi. Daripada mesej isteri saya kepada saya yang menyamar menjadi B, ada mesej yang berbaur keluhan.

Kononnya saya sentiasa sibuk, tak ada banyak masa untuk dia. Dang Setia, saya hanya peruntukkan satu malam setiap minggu untuk membina kerjaya saya sehingga larut malam. Hari lain, selepas kerja, saya gunakan untuk keluarga. Namun syaitan memang begitu, membesar-besarkan sesuatu yang boleh merosakkan umat.

Setelah beberapa mesej saya terima, akhirnya saya tak dapat bertahan lalu saya dedahkan apa yang saya dapat daripada mesejnya. Dipendekkan cerita, isteri saya mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Saya maafkan. Hati saya sedikit lembut kerana beliau sebenarnya hanya dipermainkan oleh saya yang menyamar menjadi B.

Beberapa bulan lalu, saya rasa tidak selesa dan hati saya meronta-ronta untuk mengetahui adakah isteri saya benar-benar insaf. Ini kerana, saya ternampak dalam bil telefonnya, satu nombor luar daerah yang mempunyai masa berbual agak lama.
Allah nak tunjuk agaknya, entah maca mana, satu hari saya terpandang telefon bimbitnya dengan satu nama lelaki di muka telefon.
Agaknya, dia lupa nak balik ke menu asal selepas membuat panggilan. Bila saya periksa nama dan nombor itu, ia sama seperti yang saya jumpa dalam bil. Berderau darah saya. Ketika saya sibuk di tingkat bawah, agaknya dia sibuk menghubungi lelaki itu. Saya namakan sebagai Z.

Ketika sarapan pagi, saya tanya isteri saya siapa Z? Dia kata tak kenal... hmm.. mustahil. Saya desak, baru dia kata, itu kawan lama ITM... saya musykil, mana ada ITM keluarkan doktor perubatan pada 1980-an? Macam-macam alasan isteri saya buat. Dia pujuk saya, dia kata kawan lama di ITM, tak ada apa-apa dan hanya berhubung sekali.

Selang beberapa minggu, hati saya tak sedap lalu saya periksa telefon bimbit isteri, ada satu panggilan keluar ke nombor Z, dan ada satu mesej daripada Z bertanyakan “naperrr...” Saya bukan bodoh, isteri saya kata dia tertekan nombor itu. Saya terima alasan itu tapi saya terfikir mengenai mesej “naper...” Isteri saya kata Z kawan lama dan hanya sekali mereka berhubung, tapi jawapan “naperr..” seperti itu biasanya untuk orang yang biasa berhubung dan mesra. Saya mula mengatur strategi. Dipendekkan cerita, siasat punya siasat, rupa-rupanya isteri menjalin hubungan sulit dengan Z.
Z juga teman lelaki lamanya yang dia jumpa semula dalam facebook. Namun isteri saya pandai, dia tak bercinta dalam facebook tapi membuka satu akaun e-mel baru dengan nama yang nampak macam e-mel kerja. Allah nak tunjuk, saya dibantu oleh sahabat yang pandai bidang IT, kami berjaya mengesan kata laluan facebook dan e-mel isteri saya.
Terkejut dan kecewanya saya. Kata laluan yang digunakan adalah kombinasi nama isteri saya dan nama Z. Ya Allah! Ini bukan hubungan biasa. Saya berjaya membaca e-mel mereka. Alangkah kecewanya saya bila membaca satu e-mel isteri saya kepada Z yang dimulai dengan lagu Maher Zain-Till The End Of My Life.

Hancur luluh hati saya. Dalam kesibukan isteri saya, dalam diam, dalam kepura-puraan, rupa-rupanya bercinta. Bila kisah ini berjaya saya bongkar, isteri saya merayu-rayu memohon ampun dan ingin bertaubat.

Bak kata Siti, walaupun suaminya memaafkan, masakan sama hati suaminya dulu dengan sekarang... itulah hati saya.
Air mata saya mengalir setiap kali mendengar lagu Maher Zain itu, terbayangkan bagaimana ia dinyanyikan oleh isteri saya di depan Z. Saya sangat kecewa dan sedih. Anak tempat saya mengubat hati sekarang ini.

Saya nasihatkan kepada mereka yang berkahwin dan sekarang bersosial dengan facebook, hentikanlah kalau ia digunakan untuk berhubung dengan bukan kaum sejenis, terutama dengan kenalan lama. Inikan pula teman lelaki lama. Percayalah, walaupun bilangan kes seperti saya ini kecil, tidak mustahil ia akan bertambah.

Bayangkan, dengan usia facebook yang baru setahun jagung, banyak rumah tangga retak dan musnah, tidak mustahil banyak lagi yang menunggu musnah. Yang sudah memulakan percintaan songsang, bertaubatlah!

AZAM
Shah Alam

sumber : HARIAN METRO



berkongsi artikel dari Rahsia Perkahwinan


pics by google images

footnote...jangan nak salahkan teknologi..sila salahkan diri sendiri yang gagal mengawal nafsu. Teknologi dicipta untuk kegunaan hal-hal yang bermanfaat. Tapi semakin canggih teknologi, makin canggih pulak kegiatan tak bermoral macam ni. Sebagai seorang wanita,isteri dan ibu kes macam ini sangatlah dikesali..dimanakah letaknya iman dan maruah sebagai seorang isteri. Sanggup menduakan suami, berkasih sayang dengan lelaki lain yang bukan suaminya yang sah. Sedih..memang sedih..Perempuan ni katanya nak masuk syurga senang...tapi kalau silap percaturan maka senang juga nak menjerumuskan diri ke lembah maut neraka jahanam.. Ya! Allah... pelihara imanku..agar aku tidak lalai dari suruhanMu dan jadikan aku seorang isteri dan ibu yang solehah kepada suami dan zuriatku...Amin..Ya Rabbal Alamin..

Jumaat, 4 Mac 2011

Sila Ambil Perhatian!!! Seseorang sedang mencintai kamu...




1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya

hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Khamis, 3 Mac 2011

Run To Me




khas untuk Encek Hubby sayang...

Mood tetibe menjiwangs nih.. alahaiii.. pompuan oh pompuan...:)

RUN TO ME
by The Bee Gees

If ever you got rain in your heart,

someone has hurt you, and torn you apart,

am I unwise to open up your eyes to love me?

And let it be like they said it would be -

me loving you girl, and you loving me.

Am I unwise to open up your eyes to love me?

Run to me whenever you're lonely. (to love me)

Run to me if you need a shoulder

Now and then, you need someone older,

so darling, you run to me.

And when you're out in the cold,

no one beside you, and no one to hold,

am I unwise to open up your eyes to love me?

And when you've got nothing to lose,

nothing to pay for, nothing to choose,

am I unwise to open up your eyes to love me

Run to me whenever you're lonely. (to love me)

Run to me if you need a shoulder

Now and then you need someone older,

so darling, you run to me.

Sabtu, 26 Februari 2011

Masa Bercinta...Kentut Bau Telur Pun Wangi Macam Letak Downy....

Kisah dari Mahkamah Syariah: Bau badan alasan cerai


2011/02/26

Isteri curang sengaja cari jalan tuntut dilepaskan 

"MASA bercinta semua indah belaka. Bila sudah lama, semuanya jadi pahit, tawar dan masam," kata peniaga, Khairul Amin Adib, 34, (bukan nama sebenar), membuka bicara.
Berat hatinya meluahkan kata kerana bagaikan terpaksa mengingat kembali kenangan lama, beliau yang mudah dipanggil Amin menolak perasaan itu bagi menjayakan sesi temu ramah bersama RATU.
Amin reda apabila mengahwini Effa, 28, (bukan nama sebenar) lima tahun lalu tanpa mendapat restu kedua ibu bapa akibat keterlanjuran. Bagaimanapun, perkahwinan tetap diteruskan. 

Tahun pertama agak perit bagi Amin kerana terpaksa bergantung hidup dengan wang pinjaman pengajian. Sungguhpun begitu, Amin tidak mengabaikan tanggungjawab sebaliknya melakukan dua kerja. Siang bertugas sebagai kerani pejabat sementara malam pula bertugas di kedai serba guna selain menjadi penghantar makanan sementara menunggu kelahiran bayi. 

“Rezeki anak, Alhamdulillah. Saya dapat tawaran kerja. Dari hanya memakai skuter, saya mampu membeli kereta; dari menyewa rumah sehingga kami mampu membeli pangsapuri. Semua nampak berjalan lancar seperti tiada masalah. 

“Namun, pada 2005 satu perubahan besar dalam rumah tangga kami bila isteri terpilih untuk menjadi krew kapal. Saya memberi kebenaran untuk dia mengejar cita-cita, tetapi itu adalah kesilapan besar dalam membuat keputusan. Sejak isteri memulakan kerjayanya di awan biru, mula nampak perubahannya. 
“Kami jarang berkomunikasi. Jarang tidur bersama dan kebanyakan masa dia balik dan akan pergi rumah emaknya. Kalau kami pergi bercuti bawa anak, tak macam dulu kerana dia akan berkurung dalam bilik air. Pergi beli-belah dan membiarkan saya tunggu lama...seperti ada yang tak kena,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini. 

Puas Amin mencari sebab mengapa Effa berubah sehingga dia terjumpa telefon bimbit kedua milik isterinya ketika membasuh kereta isteri. Hati siapa tak berderai bila membaca teks pesanan ringkas (SMS) yang dihantar lelaki lain. 

“Kami gaduh besar. Habis semua saya lepaskan. Tumbuk jam, pintu bilik hingga tahap yang paling teruk saya tampar mukanya. Itu pun satu kesilapan paling besar saya dalam mendidik isteri. Bertindak mengikut amarah sebelum muhasabah diri. Kemudian, isteri membawa anak keluar tinggalkan saya. Waktu itu saya jadi gila, keliru, bingung, marah, sedih, rindu, sayang. Pelbagai perasaan bercampur-baur serta hilang pedoman dan arah. 

“Isteri minta diceraikan atas sebab saya tampar dia. Dia tawar hati dan macam-macam dia kata saya, antaranya saya kuat berpeluh, saya gemuk, saya tidak berkemampuan dan berbagai alasan lain untuk bercerai. Saya sangat sayang pada keluarga dan cuba pertahankan,” katanya yang mengakui pergi menjalani sesi kaunseling namun tidak berjaya. 

Amin berkata, hati isteri terbuka sekejap. Saat meminta maaf dan berpelukan sambil menangis adalah waktu paling bahagia bagi seorang suami. Tapi kebahagiaan itu tidak kekal apabila Amin membuat silap percaturan berhenti kerja kerana ingin cuba berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. 

Anak kelahiran ibu kota itu cuba membuka gerai makan dengan menjual mi kari dan soto. Tapi jangkaan meleset kerana pulangan tidak seberapa. Setiap hari pulang lewat, badan berbau dan isteri mula hilang minat. 

“Dalam diam, sekali lagi isteri membuat percaturan di belakang saya. Tanggal 14 Februari 2009, saya beli cincin dan bungkus elok-elok untuk isteri. Namun, apabila mendapat cincin itu, isteri menangis. 

“Saya ingatkan dia menangis sebab dia gembira. Saya silap. Dia menangis kerana kasihankan saya dan mengaku dia tak boleh berlakon lagi sebagai seorang isteri. Dia cerita perihal sebenar. Nak marah tak guna sebab saya tahu kalau saya marah lagi, saya akan kehilangan dia buat selamanya. 

“Saya akur keluar dari rumah atas permintaannya. Pada Mac 2009, dia pergi ke mahkamah untuk memfailkan kes perceraian kami. Sebutan yang pertama sebulan kemudian. Memang berat nak melepaskan seseorang yang kita sangat sayang. 

“Tetapi, saya perlu terima kenyataan yang saya tak sehebat lelaki yang boleh beri kebahagiaan kepadanya. Dengan sekali lafaz, sah kami bercerai demi permintaan dan kebahagiaannya,” katanya yang mengakui tak semua perceraian itu sukar kalau pasangan itu ada persefahaman bersama. 

Amin berkata, walaupun kesnya tidak seteruk dan dramatik orang lain, apa yang dia lihat perceraian bukan satu kegagalan malahan ia adalah pencapaian bersama. 



sumber artikel dari :  Berita Harian Online - Kisah Dari Mahkamah



 ihsan google images


Footnote:  Kalau dah tak suka tu macam-macam la alasan... aku pun tak paham kenapa dah akhir-akhir zaman ni ramai betul isteri yang cuba berlaku curang dengan suaminya.. Paling aku takuti sejak aku bergelar isteri orang ni adalah dosa-dosa jika aku berlaku curang dengan suamiku. Nauzubillah.. aku takut sangat dengan hukuman dari Allah, aku mahu mati dalam keredhaan Allah dan terutama dari suami. Ya! Allah..hindarkan aku dari perkara sebegini terjadi keatas rumahtanggaku. Aku sayangkan suami dan anakku.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...