Khamis, 12 Mei 2011

Selamat Hari 'Misi-Misi' Sedunia.

Assalamualaikum..

First of all..nak ucapkan selamat hari jururawat sedunia. Kenapakah aku yang eksaited sangat nak wish ni kan?? Apa pasal hari lain tak nak wish?? (bermonolog dgn tangan kat dada,mata tgk atas..sentappp..) hihi..
Sejak aku mula disahkan mengandung sampailah Najla sudah besar panjang, rutin bulanan mesti jumpa mak misi ni.



  •  Dulu masa preggy wajib pegi klinik kesihatan buat antenatal check up. Buat sampai ko boring sambil  misi bebel2 kenapa darah ko sangat cair..(sentap..hati mak nak bile misi bebel2..)
  • Bila dah keluar tanda nak bersalin  misi jugalah yang check jalan dah bukak brape cm.. (malu giler masa ni..sesuka ati check i punye tutt..) hehehehe.. 
  • Misi juga yang berhempas pulas tolong kuarkan baby. Misi sangat baik, dia pujuk supaya push..push..teran..teran..takper terberak pun takpe dikk.. Asal baby keluar.. kesian baby dikk..begitulah kata2 misi yg aku dah lupa namanya itu. Jasa kalian berempat tetap ku kenang!..
  • Bila baby dah kuar misi tunjuk cara nak menyusukan baby. Pagi-pagi diorang mandikan semua baby2 kat wad. 
  • Bila dah balik rumah, misi klinik kesihatan pulak datang check up untuk postnatal nk tgk jahitan perineum tu dah kering ke tak, check up baby ada jaundis ke tak..sampailah hari ke-20 misi dtg rumah check up hari2.
  • Bila baby dah umur sebulan kena dtg klinik sbb baby nk kena jab. Time ni lah tiap2 bulan kena dtg klinik bawak baby check up jumpa misi.
  • Bila diri sendiri sakit pun jumpa jugak misi kat hospital sebelum jumpa doktor. Lainlah ko pegi klinik swasta, takde misi tapi adik2 cun dan manis tolong daftar nama dan bagi ubat. 
Oleh itu hargailah jasa jururawat ni, orang kata misi zaman2 dulu mulut takde insuran..keje merungut..sombong..macam2 lagilah yg aku dengar. Tapi bila part aku berurusan dengan misi skrg takde masalah pun diorang ok je. Buktinya masa Najla sakit dulu kena tahan wad sebanyak 2 kali, ok je mereka layan kami anak beranak. Mungkin adalah segelintir kot yang buat keje tak beretika, bukan semua jururawat ada behaviour macam tu. So, tak bolehlah nak judges mereka sesuka hati. Nak jadi jururawat ni bukan kerja senang tahu, hati kena cekal kerana hidup seharian dihospital melayan seribu macam perangai orang-orang sakit, ingat senang ke nak cari urat nak inject orang, nak sambut baby and so on . Silap-silap haribulan salah cucuk urat bahaya tahu.  Tanpa diorang siapa pulak nak tolong merawat kita selain doktor. Kira-kiranya jururawat ni kita bertindak sebagai tulang belakang doktor. Betul tak?..Aku memang surrenderlah aku tak layak jadi misi. Penakut. Tapi takpelah aku jadi  jururawat untuk anak dan suami sudah cukuplah.

Oleh itu para jururawat @ misi sedunia.. I wish all of u Selamat Hari Jururawat.. 
"Jururawat
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jururawat dalam bidang penjagaan kesihatan, adalah seseorang yang bertugas sebagai penjagaan profesional. Jururawat bertanggungjawab bagi keselamatan dan menyembuhkan mereka yang sakit teruk, penjagaan kesihatan bagi mereka yang sihat, dan menangani kecemasan dalam semua keadaan membahayakan nyawa dalam semua bidang penjagaan kesihatan.
Jabatan kejururawatan adalah [plan penjagaan jururawat, plan penjagaan], kadang-kadang memerlukannya bekerjasama dengan ahli fizik, ahli terapi,pesakit, keluarga pesakit dan rakan sejawat.Di united state dan united kingdom,[latihan kejururawatan], seperti [pakar klinik kerujurwatan] dan [jururawat terlatih],diagnosis masalah kesihatan dan menentukan [pengubatan]dan lain-lain terapi.jururawat akan membantu koordinat membantu menjaga pesakit yang dijalankan oleh ahli kesihatan yang lain seperti ahli terapi, pembantu perubatan terlatih, pakar pemakanan dan lain-lain. jururawat akan menyediakan segala tugasan antara satu-satu jabatan contonya seperti dengan ahli terapi dan pakar jururawat."
foot note: ada sesiapa boleh bagitau tak panggilan MISI asal daripada ekk? mak2 kita gelar misi kenapa yer?   pastu kalau panggil Medical Assistant tu dresa,.. tapi boleh terimalah sebab diorang mmg dresser, as tugas dia asal-usulnya cuci2 luka ganti doktor bila takde kat klinik/hospital..bila dah hari2 panggil maybe bunyiknye 'dresa' la kot.. Wallahualam..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...