Khamis, 12 Mei 2011

Kisah Morning Sickness dan Kecerdasan Anak


 Teringat waktu pregnant kan Najla dulu. Kena morning sickness melepek atas katil sepanjang hari. Kepala pusing2,  tak selera nak makan, lemau je badan. Waktu tu, langsung tak boleh bau orang masak2. Benci betul bau orang tumis bawang, hatta tengok dapur pun aku dan mual2 dan langsung tak selera makan, lagi2 lauk Asam Pedas, padahal tu favret aku. Lepas makan Salindah terus morning sickness hilang. Dah ok macam sedia kala. Sampailah saat melahirkan Najla. Terima Kasih Allah, Terima Kasih Salindah. Alangkah indahnya waktu itu. Walaupun boleh mengandung lagi, tapi pengalaman pregnancy kali pertama punya pengalaman indahnya tersendiri. Terima kasih Najla..kerana menceriakan hidup ibu..
Salah satu tanda awal kehamilan adalah mual dan muntah di pagi hari. Keadaan ini lebih dikenali dengan sebutan morning sickness. Tidak sedikit ibu hamil yang merasa terganggu dan kepayahan dengan gejala kehamilan ini. Tetapi, ternyata morning sickness berkaitan rapat dengan kecerdasan anak yang sedang di kandung.
Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Pediatrics menyatakan bahawa ibu hamil yang mengalami morning sickness memiliki kecenderungan melahirkan anak yang cerdas dibandingkan dengan ibu hamil yang tidak mengalami gejala morning sickness.Penyelidikan ini diadakan oleh Hospital for Sick Children di Toronto, Canada. Keputusan kajian menunjukkan bahawa, anak-anak yang dilahirkan dari ibu yang saat kehamilannya mengalami morning sickness mempunyai IQ yang lebih tinggi, verbal yang lebih baik dan ingatan lebih kuat berbanding dengan anak-anak-anak daripada ibu yang tidak mengalami morning sickness. Hospital for Sick Children meneliti 120 orang lebih ibu hamil yang mengalami morning sickness.
Morning sickness wajar yang tidak parah adalah salah satu tanda bahawa kehamilan sihat. Morning sickness juga akan mengurangkan risiko keguguran dan risiko bayi lahir dengan masalah jantung bawaan.

3 ulasan:

nur easy berkata...

cabaran n pengalaman masa preggy kn. apa2pun ttp hebat ;)

{ finieViolet} berkata...

eize: pregnancy adalah moment2 indah bg seorang wanita yg pernah mengandung dan melahirkan..

Princess Nur berkata...

teringin pegnen lepas 6 thn cuti..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...