Rabu, 13 April 2011

Rambut Aku Dah Tak Macam Singa Bila Bangun Pagi...^_^

Assalamualaikum..

Dekat seminggu aku tak conteng-conteng belog. Aku balik Batu Pahat la.. Kat sana takde pc, jadi tak dapatlah nak hapdate belog. Nak update via blackberry boleh, tapi tak puaslah nak menaip, kecik bebenor. Setakat nak update status kat faceboook & twitter bolehla.

Masa kat sana aku sempat pegi salon. Aku pegi buat rebonding balik rambut aku ni. Rambut yang aku perm 2 bulan lepas tu, dah pecah, bercabang-cabang pulak tu. Kusut dahlah satu hal. Encek Hubby kata dia bangun pagi selalu terperanjat sebab dia ingat hantu Kak Limah yang tido sebelah dia. Hoh!! ciskek betul Encek Hubby ada ke samakan aku dengan Hantu Kak Limah. Geram je aku bila dia kata rambut aku macam tu. Adehh..punah harapan nak buat rambut macam Hanis Zalikha...hampehh!!

Bila aku mms gambar rambut latest aku kat Encek Hubby, dia pun terus bagi feedback dan sms aku, dia kata barulah cun, dah tak bagi dia heart attack cholera tiapkali bangun pagi. Aku dapat sms dia, aku gelak sakan, macam nak pecah perut. Tapi memang betul pun, masa aku perm rambut aku dulu tu, aku sendiri pun boleh jadi seram bulu tengkuk bila tengok muka aku kat cermin dengan rambut macam tu. Sebelum aku menakutkan orang lain, dan rambut aku jadi rosak baik aku selamatkan. Kalau ikutkan aku memang dah bosan dengan rebonding ni, dekat 10 tahun rambut aku tegak lurus macam tu je, ingatkan sesekali naklah buat perubahan kat rambut ni. Tapi perubahan tu makin jadi tah hape2. Mama kata rambut aku ni tebal, pastu rambut jenis degil. Amoi yang rebonding tu kata rambut aku sesuai rambut lurus aje. Hmmm..yelah2 lurus pun luruslah, janji Encek Hubby suka. Gaya rambut rebonding pun masih in lagi kan di pasaran. Jadi taklah aku ketinggalan zaman sangat. Bukan apa, bila dah jadi isteri orang ni segala kecantikan dan kekemasan diri hanyalah untuk tontonan suami saja. Lagipun bila keluar rumah aku pakai tudung bukan orang tau rambut kita macamana gaya kan. Yang penting bagi aku sekarang suami tak complain dan rambut aku tak rosak.

3 ulasan:

Zuwairi Aiman berkata...

Salam kunjungan... singgah la ke blog saya ;)

UpProfits FX berkata...

Singgah sini..salam kenal..nak follow boleh?

Latest Entry : Jom ExChange Link dengan Blog UpProfits!

cujern berkata...

bestnye buat rebonding. rambut sy dah pendek, malas nak wat rebonding bagai.

salam singgah dari CUJEN THE LEJEN

MINTAK TOLONG KLIK KAT SINI

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...