10/02/2011 6:49pm
KUALA TERENGGANU 10 Feb. – Seorang wanita mendakwa, kandungannya yang berusia tiga bulan gugur setelah dia dipukul dan ditendang oleh suaminya dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Padang Luar dekat sini Sabtu lalu.
Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia lingkungan 20-an bukan sahaja mengalami kecederaan malah terpaksa menanggung kesedihan akibat kehilangan bayi yang dikandungnya.
Dalam kejadian pukul 10 malam, wanita itu mendakwa dia bergaduh dengan suaminya yang berusia 23 tahun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, mangsa mendakwa dalam pergaduhan itu, dia ditampar dan perutnya ditendang oleh suaminya yang merupakan seorang nelayan. – Utusan
sumber dari Utusan Malaysia Online
**gila punya olang ini..dah takde perikemanusiaan..ikutkan amarah sangat.. kesian kat isteri dia..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan