- Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan sekali tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
- Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
- Sebelum kamu mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
- Sebelum kamu megeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk dalam hidupnya.
- Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri kamu, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
- Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.
- Sebelum kamu mengeluh tentang anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak, tetapi dirinya mandul.
- Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya,fikirkan tentang orang yang tiada tempat tinggal, hidup dijalanan.
- Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah mengembara,fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
- Dan di saat kamu lelah dan mengeluh dengan pekerjaanmu,fikirkan tentang pengangguran, orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kamu.
- Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,ingatlah bahawa tiada seorang pun yang tidak berdosa.
- Kita semua menjawab kepada Sang Pencipta.Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesedihan,kesusahan..senyumlah dan berterima kasih kepada Tuhan bahawa kamu masih hidup!
- Cintai orang lain dengan perkataan dan perbuatanmu.
- Cinta diciptakan tidak untuk disimpan atau disembunyikan.
- Kamu tidak dicintai seseorang kerana dia cantik atau tampan. Mereka cantik/tampan kerana anda mencintainya.
- It's true you don't know what you've got until it's gone,but it's also true you don't know what you've been missing until it arrives!!..
*sumber..buku Keramat Seorang Ibu -Mohammad Qayum A.Badaruddin*
2 ulasan:
nak shareeeee~
buleh jer.. ilmu yang baik harus dikongsi...
Catat Ulasan