Harga minyak masa tidak dinaikkan
03/01/2011 4:07pm
PETALING JAYA 3 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.
Timbalan menteri berkenaan Datuk Tan Lian Hoe berkata, jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai.
Beliau berkata kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan.
"Minyak memang mencukupi untuk negara kita. Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin sebegini.
"Kabinet belum mencadangkan untuk menaikkan harga (minyak masak), jadi tidak akan ada kenaikan harga buat masa ini melainkan ditentukan oleh Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas melawat Tesco Mutiara Damansara di sini, hari ini.
Minyak masak adalah salah satu barang kawalan yang disenaraikan oleh kementerian itu.
Tan berkata, kementerian itu memantau keadaan ini dan memberikan amaran bahawa peniaga yang menaikkan harga barang berkenaan akan menghadapi risiko untuk didakwa mengikut Akta Anti-Pencatutan. — BERNAMA
sumber dari:Utusan Malaysia Online
6 ulasan:
Bagus!
Bagus!
Tahun lepas, Menteri sendiri cakap, Patrol Ron95 tidak akan dinaikan tahun nie... tak sampai 1 bulan naik harga... boleh check kat paper!!!
macam mana? boleh percaya?
hari sabtu aritu panik my SIL cari minyak x jumpe..dahlah dia nak meniaga besok tue..last² pukul 10 malam di tesco sib baik ade huhuhuu
ramai peniaga makanan merungut susah nak dpt bekalan minyak sekarang.
kak laili: kalau betul baguslah..
tuan din: harap2 tidak ckp serupa bikin..
wina: ntah la wina, tadi pegi kedai pun minyak tak ada gak..kenapa kat paper ckp lain..
misza: kalau kat market nk dapat minyak sepaket pun susah manalah nk dpt sebotol..kesian kan peniaga makanan..
Catat Ulasan