Khamis, 13 Januari 2011

Sotong Goreng Tepung Paprika

Salam

Hari ni makcik kembali lagi dengan cemil-cemilan terkini dan sensasi...hihihi... Masakan orang malas namanya.. Tekak ni terasa nak makan goreng2an pulak. Kat peti ais ada sotong katak (yuckss!!euww.. pehal dah sotong, katak pulak? buat hilang selera aku jer..)  makcik gorenglah sikit.. **hari ni datang mood nak ubah kata ganti nama diri jap..**

Sotong Goreng Tepung Paprika

Bahan-bahan:

Sotong (sila potong bulat2 kalau nak lagi mabeles, sila guna sotong besar sikit..)
4 Ulas bawang putih
1 1/2 sudu serbuk lada putih
Serbuk paprika
2 sudu besar sos tiram
Tepung Gandum (ikut byk mana nak buat)
Sedikit tepung jagung/tepung beras
Garam dan perisa secukup rasa (sbb dah letak sos tiram tak perlu bubuh perisa)
Telur (ambil putihnya untuk celupan)

Cara membuat:
  1. Sotong dibersihkan dan dipotong bulat.
  2. Tumbukkan bawang putih bersama-sama garam
  3. Lumurkan pada sotong dan masukkan serbuk paprika, sos tiram dan sedikit tepung.
  4. Apabila sudah digaulkan dengan semua bahan, celupkan sotong pada putih telur, dan salutkan dengan campuran tepung gandum dan tepung beras/jagung sehingga meliputi semua bahagian
  5. Panaskan minyak dan goreng sotong sehingga garing dan masak.
  6. Siap untuk dihidangkan.

4 ulasan:

noreed berkata...

sedapnya..lapar tgk petang2 mcm ni

{ finieViolet} berkata...

noreed: faveret ni tau..lagi sedap guna sotong besar tu (calamari) yummy! tp xleh makan sllu, kolestrol tinggi..

ayulunera berkata...

datang blog ni dengan perot yang lapa...adeih..terliur sungguh....memang fevret sotong tepong2 nih..ehehhe

Cik Puan Syeeda berkata...

sedapnyaaa..sy mesti cuba!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...