Isnin, 10 Januari 2011

Oreo Cheesecake

Salam

Akhirnya terlaksana juga impian aku nak buat benda alah ni..setelah mengharungi pelbagai dugaan,onak ranjau berduri . Ceh!!..dugaan tu tak boleh blah..
Dugaan mengharungi kemalasan tu sebenarnya..bukan apa. Nampak macam susah no nak buat, rupa-rupanya senang gilos.. siap salin resepi-resepi cheesecake kat internet sampai 2-3 muka surat tu. Tapi aku ambik resepi yang mudah dan senang jelah. Menyediakan adunan pun tak sampai sejam. Tapi tunggu bakar dengan sejukkan tu yang lama.  Orang yang dok menunggu kek tu masak pun dah boring, sibuk tanya kek dah siap belum, sapa lagi kalau bukan buah hatiku si hubby aku tulah..hehehe.









Oreo Cheesecake

Bahan Base/Dasar

200gm Biskut Oreo -buang krimnya
50gm Butter -dicairkan

Bahan Filling
750gm Philadelphia Cream Cheese
120gm Gula Castor
2 biji telur
200ml Whipping Cream
1/2 Essence Vanilla
1 sudu perahan lemon juice
15-20 keping biskut Oreo-dipatahkan.

Cara membuatnya:

Untuk dasar kek.

  1. Oreo dikisar halus dan digaulkan dgn butter yang dicairkan.
  2. Tekan padat pada dasar loyang. Leserkan loyang dengan butter terlebih dahulu.
Untuk filling kek:

  1. Pukulkan dengan mixer bahan-bahan filling tersebut sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu demi satu
  3. Diikuti dengan whipping cream dan jus lemon
  4. Masukkan biskut Oreo yang dipatah2kan tadi. Kemudian gaul rata.
  5. Bakarkan kek secara waterbath. Gunakan loyang springfoam.
  6. Bakar pada suhu 150 celcius selama 40-60 minit. Gunakan api bawah sahaja.
  7. Apabila masak, kek hendaklah disejukkan seketika didalam oven. Pintu oven hendaklah direnggangkan sedikit.
  8. Dan boleh dimasukkan didalam peti sejuk selama 4jam. Untuk hasil yang terbaik sejukkan selama 4 jam atau semalaman.
  9. Boleh dihidangkan.
Tips Of The day:

Krim oreo jangan terus dibuang, tetapi krim itu boleh dicampurkan sekali ketika membuat buttercream/ topping cheesecake.

7 ulasan:

Arizakiah berkata...

Dah lama akak cari resepi simple macam nih..anak-anak akak suka cheese cake.akak nak cubalah....

aku yang tak femes berkata...

aha... lepas ni bole try yang "chilled" oreo chesse cake. tak payah bakar2. =)

{ finieViolet} berkata...

kak arizakiah..ni 1st time try buat,,x sangka sgt senang..

nurul ain a.k.a aku yang tak femes: tadi pegi giant..baru jumpa gelatain halalgel.. thanks for info yer..len kali nk buat lagi..sedap arr..

noreed berkata...

wah sedapnya...nanti nak try lah. thank u for sharing the recipe

{ finieViolet} berkata...

noreed; sila cuba tau.. nti letak kat blog noreed kalau jadi..

nur easy berkata...

rajinnya kau mbaking finie..;)

{ finieViolet} berkata...

eize: hehehe..teringin sgt nak makan..asik mkn kedai punya jer..lagipun senang jer..x susah mana pun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...