Sabtu, 8 Januari 2011

Mangkuk Mana Lagi Yang Punya Angkara Ni??

Bayi perempuan ditemui dalam beg pakaian

07/01/2011 6:49pm

KUALA LUMPUR, 7 Jan. - Seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg pakaian di tepi jalan di KM7, Lebuhraya Silk dekat Semenyih hari ini.
Turut ditinggalkan bersama bayi cukup sifat itu di dalam beg berkenaan ialah kain dan lampin pakai buang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob ketika dihubungi hari ini berkata, bayi itu ditemui oleh seorang peronda lebuh raya berkenaan kira-kira pukul 9.50 pagi.
"Peronda itu yang sedang bertugas pada mulanya ternampak sebuah beg berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan dan bertindak mendekati beg itu sebelum terdengar tangisan bayi.
"Beliau kemudiannya membuka beg itu dan menemui seorang bayi perempuan di dalamnya, lalu menghubungi polis,” katanya.
Beliau berkata, bayi berkenaan dipercayai baru dibuang di lokasi itu dan berdasarkan keadaan tali pusatnya, bayi itu dipercayai baru dilahirkan kira-kira tiga hari lepas.
"Bayi itu dibawa ke Hopital Kajang untuk pemeriksaan dan polis kini mengesan individu yang bertanggungjawab,” katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. - Bernama

Sumber Berita: Utusan Malaysia Online



3 ulasan:

ayulunera berkata...

buang baby lagi..adeih....penat denga dah....dah macam perkare bese dah....geram tol...

Lady of Leisure berkata...

ala kesiannya baby tu.. :(

Lady of Leisure berkata...

ala kesiannya baby tu.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...