Selasa, 4 Januari 2011

Cinta Kolestrol-Bekalan minyak masak di pasaran ditambah 20% - KPDNKK

Bekalan minyak masak di pasaran ditambah 20% - KPDNKK

04/01/2011 6:19pm

PUTRAJAYA 4 Jan. – Kerajaan akan meningkatkan bekalan minyak masak sebanyak 20 peratus atau kira-kira 14,000 tan metrik pada bulan ini sahaja bagi menghadapi persediaan menyambut Tahun Baru Cina.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, kebiasaannya kerajaan membekalkan minyak masak kira-kira 70,323 tan metrik setiap bulan.
"Bekalan kira-kira 84,000 tan metrik akan sampai ke seluruh negara pada minggu hadapan di mana penghantaran sedang dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog bersama anggota Persatuan Bahan-bahan Runcit di sini hari ini.
Katanya, bekalan daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) itu merupakan sebahagian daripada bekalan bagi bulan depan sebagai persediaan menghadapi perayaan tersebut.
Sehubungan itu, beliau ingin menasihati orang ramai supaya jangan melakukan belian panik kerana bekalan adalah amat mencukupi malah mungkin berlebihan sehingga “boleh dimandikan dengan minyak di rumah.”
Lian Hoe turut memberitahu, kementerian sedang menyiasat empat syarikat membungkus semula yang disyaki cuba menjual minyak masak keluar negara berikutan harga minyak dunia yang sedang melambung tinggi. – Bernama

sumber berita dari: Utusan Malaysia Online

2 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

cinta kolestrol? :D

{ finieViolet} berkata...

lady: penggunaan minyak sawit berlebihan mengakibatkan tahap kolestrol tinggi..heheehe..

guna minyak ALIF..sbb tagline dia cinta tanpa kolestrol..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...