Khamis, 16 Disember 2010

Kecintaanku

Salam


Cawan ni doorgift dapat masa hubby pegi jemputan kahwin rumah kawan dia.

Inilah dia antara koleksi yang aku baru nak kumpul sekarang, sebenarnya aku dah lama minat dengan decor Inggeris Style ni. Cuma masa tu barang-barang macam ni susah nak dapat. Kalau ada pun mahal harganya sekarang aku dah jumpa tempat yang menjual decor-decor bercorak Inggeris ni yang menawarkan harga yang cukup berpatutan. Kualitinya memanglah tak setanding decor dari Vantage, tapi yang ini boleh tahanlah juga sesuai untuk mereka yang inginkan citarasa tinggi tapi berbajet rendah. Janji adaaa.. orang takkan belek punya barang korang..yang diorang akan nampak cuma cantik jer. Meh, aku kasi revealed kan rahsia kat mana aku beli, aku beli kat Air Hitam jer.. Hehehehe..

Aku suka sebab coraknya nampak klasik dan mewah.  Yang paling cantik printed corak flora tu.  Ada orang tak minat sebab nampak serabut, perabot warna putih senang kotor, malas nak mengelap, lepas tu ada yang kata tema macam ni bermusim dan macam-macam lagilah. Tapi pada aku tetap menawan kalbu. Cuma sekarang ni baru nak sikit-sikit buat collections. Sebenarnya peminat-peminat Inggeris style ni pun bukanlah diorang beli sekaligus decor-decor tu, kebanyakannya beli sikit dan kumpul. Mana yang rajin pergi oversea tu diorang beli je original dari tempat asal usul.  Ada yang kreatif diorang renovate perabot lama cat/spray dengan warna putih nak bagi effect corak Inggeris style. Jadi kat situ diorang dah boleh jimatkan kos nak beli perabot baru semata-mata nak samakan dengan tema. Tengoklah sikit hari nanti perabot dalam rumah ni nanti aku nak bagi cat kaler putih. Step by step kata omputeh... Nasib baik hubby aku tak kisah, malah lagi dia galakan. Tu yang heaven je rasa..hehehehe

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nor pun suka ala-ala vantage nie..hehhehehe...wlupun old school tp still cold...

Tanpa Nama berkata...

nor pun suka ala-ala vantage nie..hehhehehe...wlupun old school tp still cold...

{ finieViolet} berkata...

nor,,thanks for comment..
nor suka, saya laaagi suka.. classic kan..

ayulunera berkata...

ayu pon suke english style ni...sgt2 calm je tgk..tak sarat sangat...

Miss AZ berkata...

mak saya pun suka.. mmg cantik :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...