Jumaat, 31 Disember 2010

Happy New Year 2011

Salam

Lagi beberapa jam je lagi kita dah ke tahun 2011..cepat betul masa berlalu.. Tahun 2010 ni tak banyak peristiwa bersejarah yang berlaku dalam hidup aku. Cuma peristiwa yang biasa-biasa jelah. Pada aku tahun 2010 ni banyak duka daripada suka...*sigh* tapi tak payah lah story buat sakit jiwa jer..sob..sob..sob.. Yang gembiranya pun tak kurang banyaknya. Antaranya aku dah semakin ada improvement dalam dunia blog ni. Tak sangka blog kureng macam ni pun ada juga yang sudi follow, terima kasih ye kawan-kawan. Anak aku pun dah semakin besar dan bertambah bijak lepas baik sakit ni. Ada saja keletahnya setiap hari yang membuat aku tersenyum, ketawa, gembira,terhibur dan termarah kekadang..dialah nyawa aku. Tak lupa buat hubby tercinta yang selalu menyayangi diri ini. Semoga kasih kita berpanjangan ke alam syurga. Amin.
Aku jarang pasang azam ni. Tapi bukan bermakna aku tak ada perancangan dan cita-cita. Ada. Tapi aku tak suka nak senaraikan. Kekadang satu pun tak tercapai. Cuma pasang niat je dan lepas tu ucaplah INSYAALLAH.

Mesti ramai orang yang nak celebrate new year kan..event pun banyak aku tengok. Aku ni memang tak suka nak join event macam tu. Aku tak suka bersesak. Lemas. Better tengok tv je. Nasib hubby pun jenis macam aku juga tak suka sesak-sesak. Kalau dah bersesak tu, mana fikir nak cari parking, nak duduk kat mana, jammed sudah pastilah. Haishh..tido lagi bagus kan. Tapi semua tu terpulanglah kat memasing, setiap orang ada citarasa tersendiri kan. Mereka berhak nak berhibur dan puaskan hati sendiri cuma jangan over sudahlah. Cuma ingatkan anak-anak, adik-adik, saudara mara kita yang masih muda tu (yang tua pun..), janganlah jadikan tahun baru ni untuk buat projek anak 2011 pulak, jangan jadi statistik. Statistik kes juvana, kes buang bayi, kes tangkap khalwat dan bermacam-macam kes jenayah lah. Kan ke bagus jadi manusia yang berjaya dunia akhirat.
Aku bukanlah orangnya yang boleh bagi motivasi ni, tapi sekadar mengingati sesama kita. Alaaa.. kata orang tu pesanan khidmat masyarakat..hehehe...

Apa-apa pun aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 buat rakan-rakan bloggers sekalian..dan pada sesiapa juga yang sudi singgah ke blog kurenggg ni..

Azam aku 2011...

Nak pasang braces...tapi macam nak pregnant pulak..kata orang time pregnant tak elok pakai braces.. urmm..ada yang boleh tolong bagitau tak?? bahaya ke tak ekk???

Hehehe..nak pregnant kah?? ade bran? kata hubby ku semalam... dalam maksud dia tu. hehehe....

2 ulasan:

Wina Momma Kira berkata...

x pernah ade experience pakai braces..cuba google

harap² belum terlambat wina nk wish happy new year pd finie sekeluarga :-)

{ finieViolet} berkata...

wina: kalo boleh nk dptkan pengakuan secara "live" dari mereka yg pakai braces nie.. ada yg kata sakit, mcm2 la..sakit maybe kejap kot, tapi utk kesihatan semasa pregnant tu..

happy new year 2011 to wina,hubby,kira n baby S..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...