Khamis, 11 November 2010

Cik Mat Gebu datang sini?!!...

Salam


Alkisahnya subuh-subuh buta macam biasa aku akan mula ber'online'. Tiba-tiba  di kala subuh yang hening ni aku terlihat kat bahagian followers tu ada imej yang memang cukup aku kenali iaitu gambar mangkuk tepeng tiffin warna biru. Siapa lagi kalau bukan si empunya blogger masakan Cik Mat Gebu punyalah tu.. Alangkah gumbira rasa hatiku bercampur sedikit kejutan dan terasa segan sendiri memandangkan diriku hanya seorang tukang buat blog yang diibaratkan buah cempedak diluar pagar....(abiskan sendirik pantun ni oke..) tak disangka-sangka ada juga blogger famous-amous sudi follow blog aku ni.


Mungkin malam tadi dia dah baca komen aku kat blog dia agaknya, sebab aku baru dapat tau yang dia tinggal satu daerah dgn aku ni di Sedenak. Aku pun dah 2 tahun tinggal kat Sedenak ni, aku ikut hubby pindah sini dan duduk bersama-sama dengan my mother-in-law.  Aku menetap di kawasan felda, pasal hubby aku orang Felda Bukit Batu, Kulaijaya. Tak sangka se'kampung' dengan Cik Mat Gebu rupanya... 
Haiii..sangatlah teruja diriku ini..


Terima kasih Cik Mat Gebu... 




2 ulasan:

Azuan berkata...

ye3..nampak keterujuan tu..hahaa

{ finieViolet} berkata...

azuan datang sini pun sy suka..azuan pun blogger femes jugakkan. hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...