Rabu, 10 November 2010

Blogwalking..I like!!

Salam


Masuk hari ni dah dekat seminggu aku dah tak duduk bertebeng ngadap Facebook. Sekarang aku nak klik-klikkan mouse pergi blog ke blog. Terutama blog-blog yang aku dah follow la. Sebab blog mereka ni sumber inspirasi aku dan mereka sentiasa tak pernah ketandusan idea ada saja modal nak cerita  masuk dalam blog. Kalau macam aku ni, idea aku banyak time aku tak mengadap laptop ni,karang tetiba tengah masak ke, basuh kain tu timbul pulak idea nak tulis apa dalam blog, nanti bila aku dah ON kan laptop semua idea yang aku nak masukkan dalam blog habis berteraburan hilang entah kemana. Last-last aku tergaru-garu kulit kepala yang tak gatal dok ingat apa yang nak aku jadikan bahan entry tu nanti. Dan yang akhirnya membawa aku merayau-rayau pegi blog orang yang terkadang sesat jalan pulang.


 Masalah aku ni kalau dalam bab mengarang cerita dengan buat ayat memang totally failed. Nak kata aku bongok sangat dalam penulisan dulu masa time sekolah takdelah loser sangat aku ni. Ke ini semua terjadi sebab faktor umur?  Tapi aku akui dengan umur yang semakin old McDonald Had A Farm ni membuatkan neuron-neuron yang sedang  ligat dan pesat  sambung-menyambung kat otak semakin banyak yang tak touching each other pasal kekurangan vitamin Omega 3 & 6 ayat aku macam buat commercial iklan susu pulak ekk... Semua zat-zat DHA, EPA aku dah meresap kat badan  Najla, pasal dia still breastfeed lagi. Ooo..kalau ke situ peginya takpelah , alhamdullilah mudah-mudahan dia jadi anak yang sihat membesar bagai johan.


Syok layan cerita dalam blog-blog orang ni , macam-macam jenis dan pe'el manusia dalam dunia ni ada. Blog yang paling aku suka blog pasal masak, hobi, parenting, jual-jual barang dan  hiburan sebab banyak gossip yang tak semua dapat keluar dalam paper, blog2 merepek pun best jugak layan, nak-nak lagi pengarang blog yang sempoi dan suka cakap lepas dalam blog tapi sebenarnya diorang ni bijak dan sensitivity mereka terhadap apa yang berlaku kat dalam dunia mereka ambil tahu golongan bloggers macam mereka agak berani sikit nak luahkan isi hati dan apa mereka lihat dan yang tak puashati semua luahkan dalam blog. Kalo aku malas nak cerita hal-hal personal dalam blog mahupun kat Facebook, dah macam bukak pekung sendiri akhirnya semua orang tau yang kita ni jenis orang ada problema, emo dan sebagainyalah. Sebab tu aku lebih rela buat cerita masak-masak, publishedkan kisah aktiviti anak aku dan cerita merepek meraban sikit. Kalau nak suruh aku buat cerita pasal politik ke, agama ke, hiburan ke memang aku failed sangat2 sebabnya aku tak minat cerita bab macam tu, banyak risiko dan membahayakan diri, tak pasal-pasal orang komen hentam kita, paling teruk karang kena sue. Haishh!! selisih la. Kalau nak selamat ceritalah bab parenting, cerita apa korang masak semalam,bulan lepas, tadi, esok ke, lagi bermanfaat dan selamat  semua orang boleh try resipi korang. Tapi jangan pulak suka-suka copy paste je resipi orang, kena mintak izin tuan punya blog takpun letakla credit sebagai penghargaan. Hormatilah hak orang lain.


 Disebabkan aku newbie dalam dunia blog, aku masih  tak tau lagi  macamana nak naikkan rating traffic blog ni. Tu iklan Nuffnanglah, Shoutmix tah apa ke benda yang macam-macam aku letak tu pun aku kureng paham fungsi dia, sebab asal aku terbuat blog ni secara tak sengaja a.k.a ikut-ikut orang. hehehehe...buleh macham itu ka? hihihi... Ni lah aku nak belajar  cari ilmu dengan cara blogwalking mana tau jumpa tips-tips nak kaya dengan hanya duduk depan laptop dan taip merepek meraban tak pasal-pasal dapat duit, dapat kawan alam maya..bukan Maya Karin la..kih3.. Yang aku tau traffic tu, lampu traffic light, traffic jammed..tak sangka kat blog pun ada traffic..


Okeylah aku nak sambung misi penjelajahan blog lagi ni, tadi dari subuh sampai tengahari aku buat blogwalking je layan ada satu blog tu buat aku ketawa sorang2 depan laptop, kelakar gila la blog dia, cakap memang lepas tapi semua yang dia tulis memang benar-benar fakta belaka bukan auta, salute lah kat tuan punya blog.








**pstt.. yang aku tak sangka blogger femes macam Ben Ashaari sudi jadi followers blog aku yang serabai ni..hehehe..segan sehhh.. anyway thanks la kpd semua yang sudi drop by kat blog aku. Aku tak janji tapi aku akan follow blog korang kalau korang sudi tinggal jejak kasih kat sini. Senang sikit ada link nak buat kunjungan balas nanti. Bahahaha..ayat tak boleh blah macam la ada pembaca sangat..

2 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

heheh seronok sebenarnya buat blog kan.. my husband pun selalu pesan jangan tulis hal2 serious sangat, tulis benda2 yang lite2 jer, orang baca pun senang hati gitu hehe

{ finieViolet} berkata...

lady..terima kasih sebab lady sllu singgah blog saya..alahai segan sgt kalo nak dibandingkan dengan blog lady tu.. Lady mahir dlm penulisan. Idea tak kering..pandai masak tu yg i salute u abis.

yep..sy pun tak suka citer berat2 sgt dlm blog..nti byk kontroversi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...