Rabu, 15 Oktober 2014

Assalamualaikum..

Woahhh... bertahun-tahun tak hadpet satu benda pun dalam blog ni... ada kucing beranak, lipas. sarang lelabah...sawang jangan cakap lah... melekat-lekat kena kat  muka aku ni... Sikit punya lama tak masuk sini.. rinduuu sangat kat awak blog!!!

Anak nombor 2 aku dah nak masuk setahun esok pun. See.. lama kan..lama giler x tulis. Mulai saat ini aku nak cuba-cuba aktifkan semula blog aku yang tak pemes ni.  Aku tak idea apa pun nak taip apa.. walaupun banyak nak taip.. macam-nacam kisah  jadi kat aku sebenarnya. Tapiiiiiiiiiiii... kemalasan melanda.  Kalau dah malas... memanglah tak dapek nak nolong ye dak.

Akan datang ni aku nak cuba bangkit dari kemalasan dan nak jadi rajin macam dulu. Harapan aku jangan on-off la semangat ni. Chaiyok! chaiyok untuk diri sendirik!! weehuuu..!!!


                                        tengok la.. dari sorang.. dah jadi 2 orang dah anak aku..  :)

notakaki: nak tebas lalang2 kat tepi umah sat..:)

Khamis, 13 Jun 2013

Happy Birthday My Little Girl.. (edisi Kek Barbie)

Assalamualaikum..

Pada  minggu lepas 7/6/2013 anak kesayanganku telah menyambut birthday yang ke 4 tahun. Maka tertunailah hasrat dihati nak menempah kek barbie yang comel lagi cantik untuk anak kesayangan.. Anak kesayangan juga merasa teruja dengan kehadiran kek berbentuk patung kegemarannya...ulang alik asik pegi dapur nak tengok kek dia ajelah.  Mak lagi suka...kenapalah zaman maknya kecik2 dulu tak ada kek macam tu.. hehehe.. dan 3 series ni bolehkan maknya nak kek mcm tu jugak?  jawapannya pastilah boleh tak ada orang nak marah pun tapi harap sedar diri lah ye maknya... bhahaha.. ko ingat ko che ta ke dah tua2 nak kek barbie bagai... muehehehehe... ada aku kesah kan ..


kek barbie idaman ibu dan anak


kek barbie

acara memotong kek

wajah anak kesayangan 

mahapla malas nk rotate.. 
popia sayur-sayuran



Birthday anak beranak je, no party cuma buat popia sayur-sayuran dan pulut kuning dengan kari ayam aje.. adalah bagi kat jiran2 sebelah umah MIL je.  Tapi yang penting hari terpenting buat anak kesayangan sudah pun tertunai. Lagipun dengan keadaan diri aku yang tak larat nak buat keje banyak-banyak ni cukuplah buat popia tu je, lagipun memang ngidam nak makan popia pun ha.. Tahun depan Haziqah Najla dan sekolah barulah boleh fikir nak celebrate birthday dia dengan kawan-kawan dia pulak nanti. Buat goodies pack ke, party kat sekolah ke, cepat betullah anak ibu ni besar, kejap je dah 4 tahun, macam baru je lepas bersalinkan dia aritu. Amin..Semoga Haziqah Najla jadilah anak yang solehah, beriman, bertakwa dan jadilah anak yang pintar ye nakkk.. Ibu doakan selalu kejayaan dan kebahagiaanmu anak kesayanganku..


kami!

Footnote: setelah di amat-amati sebenarnya macam tak susah je kot nak buat kek bentuk Barbie ni sendiri.. nanti ada masa nk trylah..hihiikkk.. 

Sabtu, 22 Disember 2012

Potty Training untuk Haziqah Najla

Alhamdullilah akhirnya si Haziqah Najla dah pun berjaya di 'potty training' kan. Gembira sungguh diriku dapat melatih dia untuk buang air tanpa memakai diapers lagi. Cuma pakai time malam je itu pun bila nak tido. Mulanya aku pun tak yakin jugak, tapi memandangkan dia pun dah  umur 3 tahun, aku nekad je nak melatih dia utk tak pakai diapers 24jam .  Encik Hubby support abis plan aku, dia siap janji kat Haziqah nak bagi present bila dia berjaya tak pakai diapers. Tiap 2  kali buang air je dia mesti cakap pasal present yg ayah dia janji2kan tu.:-)  ..hihihi..nasiblah ayah, janji kena ditepati ...  :-) 
Setiap kali dia pegi buang air aku mesti follow nak tengok sama ada betul2 kencing ke poo-poo tak, kekadang dia cakap nk cing-cing (kencing) tapi tak keluar pun..excited lebih dan tiap kali berjaya buang air mesti dia cakap  yeay! Berjaya! Jhika pandai,..yeay...  huhu suka sangat dia dapat cing-cing tu...
Tapi buat masa nie kena jugak pantau, setiap 1/2 jam sekali nak kena tanya, kalau dia leka main pc atau pun ipad, nanti kat mana2 jelah dia terkencing. Jadi bila dia nak main pc kena waktu lepas maghrib la sebab  dah ajar dia buat masa ni time malam je boleh on pc nak tengok kartun kat youtube, sebab pakai diapers kalo tak, no!no!no!..hihihi....

Jumaat, 9 November 2012

Buruknya blog aku!!

Assalamualaikum...

Lama sungguh ku tak berbelog... memang ku takde mood.. bila tengok blog aku yang kusam dan tak best.. Sebab tulah tak de mood nk update apa2..  Please la kawan2 seperblogan,..boleh tak suggestkan saya siapa2 yang terror buat design template utk blog  yang cantik lagi simple dan menarik..
Actually ada je yang free dan  boleh customize sendrik..tapi ku malas la.. penat mata ni nk menghadap komputer lama2.. migrain nanti..
Okeylah sesiapa yang sudi baca blog saya ni,  sila lah bagi link2 sesapa yang pandai buat design yang shantek2 ea... terima kasih ...

Khamis, 25 Oktober 2012




Lirik Lagu Babak Cinta - Tengku Adil

Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada

Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu
Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan jiwa sepi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya

Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi
Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat

Aku juga merasa ketakutan oh cinta
Percayakan pada kita oohhh...

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka



footnote:   baru dengar lagu ni kat suria fm radio online tadi...  best gak lagu ni... huhu.. org singapore yg nyanyi..  baru je google ni... hehehehe...  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...