Selasa, 31 Mei 2011

AKU KATA TAKNAK, TAK NAK LAA!

Assalamualaikum..

Hacummmm!!!..perghh banyaknyer habuk kat blog aku.. spiderwebs dah macam langsir ni haa.. Hehehe..baru 2 minggu x masuk blog..hari ni baru tergerak nak masuk pasal nak join segmen abang Ben.. hihihi..

Title segmen Ben Ashaari untuk kesekian kalinya ini bertajuk..

rokok

Tu diaaa!! puntung rokok dan ashtray punya image tu..bersempena hari TANPA TEMBAKAU SEDUNIA pada setiap 31 Mei setiap tahun. Marilah bersama2 menyahut seruan kerajaan, demi kesihatan, alam dan manusia sejagat kita nyahkan tembakau dan rokok2 ni. Tak baik untuk kesihatan tahu??.. bukan kesihatan yang tukang hembus asap rokok tu je, malah membahayakan penghidu2 tak rela disekelilingnya. 

Cara nak join segmen Ben Ashaari ni, silalah klik sini... atau klik imej tu oke.

footnote: aku mmg benci dan rasa nak sepak laju2 250km/j kat orang yang merokok kat depan,belakang,tepi aku. Aku x suka bau rokok yang menjengkelkan itu. Nasib baiklah adik2 beradik aku, Encek Hubby tak smoking. Alhamdullilah.. Aku pun kekadang heran amaran merokok dah tertera kat kotak rokok tu pun x boleh nak pikir kesan maut akibat merokok tu, siap tampal gambo macam2 penyakit lagi kt kotak tu. Buat tak tau je. Nak kata buta, celik. Nak kata tak reti baca, boleh pulak baca. Entahlah..mmg dah perokok tegar macam tu kot. Nanti bila dah sakit baru nak sedar gaknyer. Sekarang dah pelbagai kempen kerajaan dah buat untuk bagi kesedaran kepada perokok-perokok tegar ni, tapi nampaknya makin dibagi kesedaran makin ramai yang jadi tukang hembus asap busuk ni. Tak tahulah bila nak sedar golongan2 ini.

2 ulasan:

Haris Kaito berkata...

dari blog abg ben...
jom singgah blog sy...
follow lebih baik...he3...

JOM TERJAH SINI!!

solomolo berkata...

merokok tak nampak cool...
merokok tak nampak hebat...



jom baca entri tentang percutian ke Bali di blog solomolo...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...