Isnin, 29 November 2010

Oreo Truffles

Salam

Sejuknya petang ni, hujan turun mencurah-curah kalau suasana macam ni aktiviti yang seronok adalah men'tidur'kan diri kan... tapi mataku tak boleh tido la pulak.. *sigh*

Hari sabtu lepas aku buat Oreo Truffles yang dah lama betul aku bercadang-cadang nak buat dan akhirnya terlaksana juga. Dekat sebulan biskut Oreo dan Cream Cheese tu tak terusik then, masa aku balik Batu Pahat hari tu, aku buatlah jugak Oreo Truffles ni atas permintaan adik perempuanku satu-satunya tu memandangkan birthday dia pun dah dekat dan bulan depan pulak dia nak balik ke kampusnya kat UiTM Shah Alam, aku buatkanlah juga. Dia pun peminat coklat no.1 macam aku.

Oreo Truffles



Bahan-bahan:


2 Bungkus Oreo dan 1 buku Cream Cheese Philadelphia


Kisar biskut Oreo sehingga menjadi serbuk/hancur


Sepatutnya gunakan food processor, tapi aku guna blender kering..belasah jelah


Masukkan cream cheese pada serbuk biskut Oreo.


Gaulkan dengan cream cheese sehingga menjadi seperti adunan ini dan simpan didalam fridge selama 1 jam


Buat adunan menjadi bentuk bebola


Celupkan bebola oreo truffles ke  coklat masakan yang dicairkan dan hiaskan dengan coklat rice atau sebarang hiasan kegemaran korang. Selepas itu sejukkan semula ke dalam fridge sebelum dinikmati.

Ahad, 28 November 2010

Nak Pakai SkinCare Apa Pulak Lepas Nih?? Serum tu apa ek?

As Salam

Kalau boleh ni nak buat entry paling simple untuk malam ini..sebab esok kena bangun pagi-pagi kerana aku dan family MIL nak pegi picnic..
Aku ni confused la pasal nak mencari produk untuk kulit muka yang paling sesuai dengan kulit muka aku ni. Aku kalau boleh nak cari produk yang pertama sekali ianya mestilah........

  • berkesan
  • sesuai dengan kulit muka
  • tak meninggalkan kesan sampingan utk masa kini dan terutamanya untuk masa depan
  • tak berminyak
  • yang boleh buat wajah jadi cerah semulajadi
  • yang boleh hilangkan scar jerawat pasir ni..
  • tak meninggalkan kesan berminyak
  • tak ada bahan kimia yang berbahaya
  • yang bagi kesan cepat tapi takmolah yang hasilnya macam kesan produk yang ada hidroquinone tu..takmo..cepat juga... tapi cepat  menjahanamkan kulit..
dan yang paling aku nak cari mestilah yang MURAH dan BERBALOI-BALOI....


agak-agak ada tak ekk .. hurmmm..

Oke.. tadi petang aku pegi kedai, dan masa dok jalan-jalan tu, ternampak pulak kat rak-rak kedai tu salah satu produk  Safi yang kira baru dan sedang hot  kat market sekarang ni, iaitu Safi Rania Gold. Aku memang dah lama aim produk ni, tapi macam ragu-ragu nak pakai pulak. Yelah, macam-macam feedback pro dan kontra yang aku dengar  hasil daripada survey orang-orang disekeliling aku. Tapi banyak feedback suggestkan aku suruh try produk ni, katanya bagus.

Ok, bagus ea?

Kalau bagus aku try lah..Alang-alang dah belikan, takkan tak pakai pulak, cuba dulu kalau tak serasi jawabnya cari la skincare lain..
 Tadi memula aku ambik dan beli pembersih muka, toner, krim malam dan krim kecantikan. Aku ambik regime yang basic dululah. Memang itulah  asas penjagaan muka kan??.

Lepas tu aku tengok kat pamplet pasal kebaikan  produk ni yang dia selit kat kotak krim malam tu pulak, bila aku review tengok ada satu produk tu namanya SERUM.  SERUM tu apa kegunaan dan tujuan dipakai ekkk? Penting ke serum ni? Aku dah banyak kali juga lihat  produk skincare yang mahal-mahal macam SK11 la, Clinique la, Biotherm la dan macam-macam jenama antarabangsa yang lain-lain tu pun ada serum juga. Adakah dengan kita menggunakan serum ni, lagi mempercepatkan tindak balas serum ni kat kulit muka?  Sekarang ni, nak apply kat muka pun tak jadi dululah sebab tadi aku tak beli serum tu, aku beli basic skincare aje. Esok kalau ke kedai baru pegi beli. Aku ni  cerewet sikit bab-bab kulit muka ni, kalau boleh niat hati ni nak pakai yang branded macam SK11 tu,...tapi belum mampu lagi. Bila la nak merasa pakai kan?... Aku nak lengkap semuanya dan dari situ barulah tau berkesan tak produk tu kan....

Macam biasalah, meh kita jumpa Pakcik Gugel jap bagi merungkaikan segala tanda tanya apa itu SERUM.....


Serum merupakan produk banyak digunakan dalam tata rias. Kosmetik serum pertama kali digunakan lebih dari dua puluh tahun yang lalu tapi hanya di antara mereka yang tahu tentang hal ini sebagai serum "dadih manis". Saat ini, banyak perempuan dan laki-laki menggunakannya sehari-hari.
Jadi, apa itu serum?
serum Kosmetik adalah produk yang sangat tertumpu didasarkan pada minyak air seperti krim lain. Namun serum mengandung sekitar sepuluh kali lebih banyak zat biologi aktif dari creams.Serums, atau zat aktif, bertindak dalam cara yang sama seperti krim. Mereka meremajakan dan melembapkan kulit. Namun, berbeza dengan krim, serum zat aktif mengasimilasi lebih mudah dan dengan demikian memberikan hasil kelihatan lebih cepat.
Menurut mereka serum kesan diklasifikasikan ke dalam kelompok berikut:
  • revitalisasi dan meremajakan,
  • pelembab,
  • berkhasiat,
  • anti-inflamasi,
  • menenangkan,
  • anti-stress,
  • mengangkat (merangsang).
Serum digunakan untuk meredakan ketegangan, mengencangkan kulit Facebook dll Mereka dibagi sesuai dengan fungsi dan pelbagai jenis kulit.
Misalnya, serum kekeringan menghilangkan mengandungi komponen pelembab, seperti ekstrak rencana, asid hyaluronic, glukosaminoglikan. serum rejuvenating mengandungi kolagen, elastin, atau ekstrak sel plasenta. Serum yang percuma bentuk keradangan kulit mengandungi penyihir-hazel dan panthenol. Serum peredaran darah meningkat mengandungi ekstrak kuda-chestnut.
Serum kerja yang berbeza pada pelbagai bahagian tubuh: wajah, leher, memenggal kepala, kelopak mata, dan lain-lain. Selain itu, tahap Ph serum yang digunakan untuk kelopak mata harus berbeza daripada tahap Ph serum yang digunakan untuk bahagian lain dari tubuh (tahap Ph untuk kelopak mata adalah 7 kontras dengan tahap Ph serum lain yang berbeza-beza 5-6,5) .
Serum boleh digunakan terlepas dari usia. Kerana pengaruh mereka, mereka boleh digunakan oleh remaja dengan masalah jerawat, oleh seorang wanita yang ingin melindungi kulitnya dari penuaan dan keriput, dan oleh seorang lelaki yang ingin menyingkirkan keradangan kulit selepas bercukur.
Gunakan serum juga bergantung pada musim dan iklim di mana kehidupan orang. Pada iklim panas, konsentrat didasarkan pada air (untuk kulit biasa dan kering) atau disertai dengan antiseptik konsentrat (untuk kulit berminyak mereka mempunyai kesan pengeringan). Di sisi lain, basa berminyak dianjurkan untuk iklim sejuk dan pembolehubah.
Aplikasi Serum
Selepas menggunakan serum anda harus selalu menggunakan krim. Krim mencipta lapisan pelindung yang akan memelihara serum terhadap pengewapan dan kulit melawan ketidakselesaan dan kekeringan. Cream dan serum menguatkan tindakan masing-masing.
Sangat sering serum digunakan untuk kesan segera, misalnya sebelum tarikh atau acara khusus yang lain ketika anda ingin kelihatan sangat baik. Namun, cosmetologists menyarankan untuk menggunakan kosmetik serum dengan urutan. Dalam hal ini bahan aktif menembusi lebih dalam ke dalam kulit dan menguatkan kesan serum tinggal berkesan untuk 2-6 bulan.
Ooo..ok..sudah faham..


Kalaulah kali ni pun masih sama je..tak tahulah aku nak tepek apa kat muka ni...huhuhu..

Set Safi Rania Gold
Serum Safi Rani Gold







Muka saye SEBELUM tepek Safi Rania Gold, sangat oily dan bercapuk...kat hidung tu kalau tarah minyaknya boleh buat goreng ikan

oppss..jgn tertipu dengan gambaran wajah ni..ini muka aku SEBELUM pakai Safi Rania Gold ok.. kita sama-sama nantikan apakah hasilnya selepas 3 minggu seperti yang produk tu janji kan yer..



Jumaat, 26 November 2010

Perompak Jahanam!!!

Salam..

Diperkosa perompak

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.
Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.


“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.

“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


** memang iblis betul perompak ni.. kalau nak rompak pun ambik jelah barang2 tak payahlah nak rogol orang pulak..aku menyumpah2 je bila baca berita ni... Mudah-mudahan Allah bagi balasan paling terseksa kat perompak iblis laknat ni...** mode: menyumpah seranah...hohh!!! geram aku..


Najla Demam Lagi..

Salam..

Hari ni barulah aku dapat update story-mory setelah berehat selama 4 hari.. Bukan apa, Najla baru je baik demam. Start petang ahad lepas dia macam slow je..kebetulan hari tu aku balik Batu Pahat. Mula-mula aku tak perasan, tapi mama yang perasan badan dia panas lain macam. Tapi hari ahad lepas tu memang cuaca agak panas terik jugalah. So, malam tu hubby pegi farmasi belikan panadol untuk kanak-kanak dengan koolfever je, memandangkan keadaan dia yang nampaknya belum serius sangat.
Sedar-sedar dalam pukul 4 a.m macam tu dia merengek minta susu, tapi temperature badan dia semakin panas aku terus kejut hubby, biasanya kalau Najla demam, hubby terus mandikan dia. Tujuannya nak kurangkan temperature panas badan. Kesian juga aku tengok Najla melalak menahan kesejukan dimandikan hubby tu. Sedih woh... menggigil-gigil dia, tapi kata hubby jangan kesian sebab inilah treatment paling berkesan nak hilangkan temperature panas bila demam. Dia kata kalau kat hospital lagi doktor dan misi-misi tu mandikan baby  dengan ais. Haishh..kesiannye..
Dalam pukul 10a.m lebih kurang, aku dan hubby bawa Najla pegi klinik, doktor periksa dan bagi paracetamol je. Slow je Najla bila demam, nak cakap-cakap, main-main macam biasa pun tak larat, aku agah-agah dia pun tak dilayannya..takde mood. makin merengek adalah..
Demam Najla kali ni tak makan hari sangat, hari Selasa dah kebah dah..cuma aku perasan dia still tak mau cakap-cakap, yang peliknya air liur dia meleleh pulak, pelik campur takut aku dibuatnya. Aku pun segera check mulutnya, tapi dia tak mau bukak mulut langsung, aku bagi makan,bagi minum semua tak mau aku bagi susu badan dia langsung tak mau hisap. Macam ni aku lagilah bertambah risau, aku suruh mama try buka mulutnya, tapi mama pun tak berjaya. Air liur terus mengalir..airmata aku lagilah pun nak mengalir juga. Aku pun call hubby dah cakap masalah Najla. Hubby kata mungkin ada ulser mulut kot, sebab semalamnya kan dia demam, hubby suruh aku beri dia minum air masak banyak-banyak dan kalau tak ok, pegi klinik lagi.
Aku buat juga arahan yang hubby suruh tu..mula-mula dia pun taknak bukak mulut, nangis pun nganga sikit-sikit je mulutnya..hihihi..kelakar pun ada, comel je dia..masa dia nangis tu tiba-tiba dia pegang jari aku dan terus masukkan dalam mulutnya, lepas tu dia gigit jari telunjuk aku, kat gusi dia macam rasa bengkak barulah aku tau, dia nak tumbuh gigi lagi rupanya....gigi geraham kali ni. Mama pun kata, patutlah semalam demam..rupa-rupanya demam nak tumbuh gigi. Masa tu baru lega sikit hati aku, yelah  ibu mana yang  tak takutkan,bila mendapati anaknya tiba-tiba berubah laku, lagi-lagi masa tu lepas baik demam..haishhh..nauzubillah.. Aku pun pegi farmasi dan belikan Bonjela buat bubuh kat gusi dia yang membengkak tu.
Hari ni nampaknya dia dah ceria dan boleh cakap-cakap bahasa dia macam biasa, cuma manja sikit lah lepas demam ni, asyik nak minta  dukung bawak dia jalan-jalan kat halamanlah, mintak usap-usap kaki dia lah, tapi yang aku risau ni makan je belum ada selera lagi. Dahlah dia tu jenis susah nak makan, bila dah demam lagilah payah nak makan tambahan pulak gusi sakit, langsung tak dijamahnya makanan. Bulan depan nak timbang pulak tu dan nak inject last bagi jadual imunisasinya, hari tu dah lepas sikit garisan kuning, ni minggu depan nak check up lagi mudah-mudahan taklah turun garisan tu. Malas nak dengar misi-misi tu bebel. Padahal anak-anak diorang tu pun belum tentu sihat walafiat semua. Wallahualam..

**entry agak kelam kabut sebab dah ngantuk gila..**

Malam Bulan Dipagar Bintang



Sangat tenang dengar lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ni..tambah pulak malam-malam ni hujan, terus teringat kekanda ku yang berada sorang-sorang di Kulai sana... Tapi apakan daya malam ini hujan turun makanya bulan yang dipagar bintang-bintang tidak kelihatan...urmmm... *sigh*

Khamis, 25 November 2010

Darah!! Darah!!...Minta Darahh...

Salam

Sebenarnya dari sejak aku lahir sampailah aku disahkan mengandung setahun yang lalu aku memang tak tahu langsung darah aku dari kumpulan apa..Serius. Sampailah aku disahkan mengandung dan misi tu ambil sample darah aku, seminggu lepas tu baru aku tau darah aku dari kumpulan darahO.  Kalau tak mengandung tu, sure sampai sekarang aku takkan tau darah aku jenis group yang mana. Terukkan. Sebabnya aku takut dicucuk dengan jarum..tak kira lah jarum apa..hatta jarum tangan sekalipun. hehehehe.. Ingat lagi masa aku tingkatan 2 , masa belajar topik sel-sel darah, lepas tu cikgu sains nak ambik  blood  test setiap sorang students, aku sanggup mintak izin pegi toilet dan duduk dalam toilet sampai habis subjek sains, sementara kawan-kawan lain sibuk tunggu giliran nak buat blood test . Seriau betul tengok jarum comel yang buat cucuk jari tu..bukan besar mana pun macam pen je. Takut punya pasal sanggup duduk dalam toilet. Nasib toilet tu makcik cleaner baru jer bersihkan. :) Kenangan betul..  Niat dihati ni memang ada nak menderma darah tapi masih fikir 2-3kali juga. Sebab masih lagi teringatkan syringe dan jarum suntikan tu.. Seriau. Cukupla tangan aku kebas-kebas masa  nak melahirkan Najla dulu, tangan kiri aku kena cucuk jarum pasal nak masukkan air dalam badan. Wohh!!!..sakit... huhu..keluar juga air mataku masa tu... Tapi penting untuk kita memastikan darah kita dari kumpulan darah apa sebenarnya, banyak penyakit yang berasal dari darah yang boleh membawa maut macam penyakit Thalasemia, Sakit Kuning dan sebagainya.


Jadual keserasian sel darah merah
Penerima[1] Penderma[1]

O− O+ A− A+ B− B+ AB− AB+
O− Check markY






O+ Check markY Check markY





A− Check markY
Check markY




A+ Check markY Check markY Check markY Check markY



B− Check markY


Check markY


B+ Check markY Check markY

Check markY Check markY

AB− Check markY
Check markY
Check markY
Check markY
AB+ Check markY Check markY Check markY Check markY Check markY Check markY Check markY Check mark

Kumpulan Darah

A,B,O,AB

Kumpulan darah A boleh menerima darah darah dari kumpulan A,O dan tidak bole menerima darah kumpulan B,AB

Kumpulan darah B boleh menerima darah dari kumpulan B,O tetapi tidak boleh menerima darah dari kumpulan A,AB

Kumpulan darah O boleh menerima darah dari kumpulan O sahaja, tetapi tidak boleh menerima darah dari A,B,AB

Kumpulan darah AB boleh menerima semua kumpulan darah.

Darah juga ditentukan oleh Rhesus (Rh) iaitu Rh-negatif atau Rh-positif, dalam 85 peratus sel darah merah manusia. Kumpulan darah yang tiada unsur ini dikatakan mempunyai darah Rh-negatif. Seseorang yang Rh-negatif boleh menerima darah mereka yang Rh-positif,darahnya akan menghasilkan sedikit antibodi. Apabila perkara ini tidak disedari dan pemindahan darah berterusan, antibodi akan bertambah. membentuk anti-Rh antibodi dan sel darah merah menjadi bekelompok. Kebanyakan penduduk Malaysia  adalah rhesus positif dan jika seseorang wanita rhesus negatif berkahwin dengan suami yang darah rhesus positif, ini akan menimbulkan masalah terhadap kehamilan dan kandungan. Antara masalahnya ialah keguguran,bayi mati dalam kandungan dan juga bayi lahir dalam kedaan kurang darah serta berpenyakit kuning. Ibu hamil yang rhesus negatif dan bayinya pula rhesus positif harus mendapatkan suntikan Rhogam bagi mengatasi segala kemungkinan buruk untuk kehamilan seterusnya.

Siapa Tidak Boleh Derma Darah untuk Sementara
  • baru menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan
  • mereka yang mengambil antibiotik
  • mereka yang berpenyakit kulit di tempat suntikan (sesiku )
  • orang mabuk
  • penderma darah yang baru menderma kurang daripada tiga bulan lalu
  • tiga bulan lalu menghidap cacar,denggi atau campak
  • setahun selepas pelalian toksik(hepatitis,kancing gigi,difteria, taun)
  • dua minggu selepas menerima vaksin yang dilemahkan (campak, rubela)
  • tiga tahun selepas mengambil vaksin pencegahan malarian atau terkena malaria
**kalau korang mahu menderma darah jangan terlampau lapar, nanti badan tiada tenaga. Jangan juga terlampau kenyang, nanti tubuh berasa lemah!..**

Ahad, 21 November 2010

Tips Untuk Menenangkan Diri

Salam

Good Nite everyone..
Sebagai manusia kita memang tak boleh lari dari mengalami ditimpa-timpa pelbagai masalah dan dugaan dalam hidup seharian hatta walau sesaat pun. Pastinya segala masalah tertekan, marah,sedih dan takut akan sentiasa menyelebungi diri kita. Walaupun kita dibebani macam-macam masalah dan dugaan itu bukan tak bermakna tak ada jalan penyelesaian, sebenarnya terdapat juga banyak cara bagaimana kita nak menangani semua tu.
Contohnya macam aku nilah..niat di hati nak buat entry banyak2, nak suruh Pakcik Gugel cari sebanyak mana info yang terbaik untuk aku isi dalam blog ni, tapi dengan keadaan internet ku yang slow macam siput ni, alahaiii.. bercinta betul nak tunggu dia loading satu page ke satu page. Stress betul. Dah report pun, bukan tak report..tapi tak settle2 juga. So nasib baik aku ada 5 cara tip top untuk atasi kestressan melanda diriku ini.

 Cekidaud..these 5 ways to release your stress.

1) Minum Teh
   Mengikut kajian saintifik dengan meminum teh anda boleh menurunkan hormon marah berbanding
   dengan mereka yang tidak minum teh.

2) Urutan
   Sesiapa yang suka pergi spa tu memang bertuahlah anda sebab dengan urutan sahaja anda boleh   menenangkan diri sebanyak 39%. Dan jika mahu lebih cepat, urut bahagian antara ibu jari dan telunjuk selama 20-30 saat. Ooo..heavennya kalau hari-hari begini. Yang kurang mampu ke spa, u all boleh urut dengan makcik bidan kampung berdekatan dirumah u all macam saya selalu buat. :)

3) Makan Coklat
    Oo.. yang ini aku suka! coklat salah satu my faveret u know. I can't live without chocolate! Rasa yang ada pada sekeping coklat mampu mengembangkan pembuluh darah dan sekaligus dapat mengurangkan tekanan darah. Tapi pilih dark coklat ye, berbanding dengan coklat tenusu. Aku lagi suka coklat bitter sweet. YummY!!

4) Ketawa
    U all penah dengar pepatah Inggeris ni tak " Laughter Is The Best Medicine " .. Yepp!! dengan ketawa stress u all akan hilang oke. Kat Youtube banyak video lucah lucu...tersengaja typo..huhuhu.. u all boleh cari video lucu dan ketawa sepuas hati korang. Tapi dah tu pulak jangan ketawa banyak sangat, ingat2 sikit, suka-suka akibatnya dukacita..tu yang mama selalu pesan kat aku. Ustaz aku pesan ketawa   berlebihan ilmu akan kurang.. Bersederhana oke.

5) Omega 3, DHA dan EPA
    Kalau tengok huruf-huruf tu u all mesti ingat baby aje yang perlu zat-zat tu semua. Tidak. Kita yang dah dewasa  pun sangat memerlukannya. Banyak khasiat zat ni untuk tubuh badan dan minda kita tau. Semakin banyak kita dapat zat ni dalam badan kita, makin bahagialah hidup kita. Zat-zat ni boleh didapati dari kebanyakan dari sumber ikan. U all boleh makan ikan sardin, ikan Salmon atau nak mudah ambik aje suplemen yang mengandungi Omega 3, DHA dan EPA. Paling sesuai dan disarankan mengambil zat ni adalah orang yang mengandung, yang menyusukan anak dan orang yang mudah pelupa. Zat ini terkandung didalam senarai  makanan neurofilik iaitu makanan untuk otak.

~komen aku, janganlah suka mengeluh banyakkan bersyukur dan buat senarai kesyukuran korang, dari situ korang pasti bersykur dengan apa korang dah kecapi selama ni..  semoga berbahagia selalu dan jangan emo sangat.. senyum sikit..:) ~






Sabtu, 20 November 2010

Shepherd Pie

Salam
Rugi betul sebab dah 2 hari aku tak update blog ni. Streamyx punya pasallah ni kejap oke,kejap tak oke..dah buat aduan pun kat pihak yang berkenaan tapi tetap sama aje.
Tengah tension2 ni baik aku update pasal resepi yang aku dah buat beberapa bulan yang lepas. Kat Facebook aku dah letak resepi ni, tapi kat blog aku belum letak lagi..So, sekarang aku ni letak oke..
Dah banyak kali juga aku buat Shepherd Pie ni, rupa-rupanya senang je nak buat..bukan susah sangat pun..makanan western ni kan mudah, ringkas dan berkhasiat. Resepi ni aku dapat dari seorang kawan, dia rajin buat  Shepherd Pie ni. Tak silap Jamie Oliver pun penah buat ni juga, tapi masa tu dia guna daging kambing.





Shepherd Pie (before baked)



Shepherd Pie (after baked)



Shepherd Pie (after ngapp..:) )

Resepi Shepherd Pie ( mengikut cara saya :) )

1 1/2 kilo kentang (rebus & lenyek)
500gm daging kisar
2 biji bawang besar (potong dadu)
5 ulas bawang putih (dimayang)
1 inci halia
4 sudu besar serbuk kari
1 cawan susu segar
2 sudu mentega
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 keping keju chesdale/mozzarella (untuk topping) OPTIONAL

Cara membuatnya:
  1. Kentang direbus apabila empuk dilenyek
  2. Tumis bawang besar,bawang putih dan halia kemudian masukkan daging kisar dan diikuti serbuk kari
  3. Panaskan mentega kemudian masukkan susu segar,sedikit garam dan serbuk lada putih kemudian apabila sebati bahan tadi tuangkan pada kentang lenyek dan gaulkan sehingga sebati.
  4. Kentang lenyek dibubuh ke dalam loyang kemudian lapiskan dengan daging kisar tadi dan lapiskan lagi dengan  baki kentang lenyek , ratakan dan cucuh-cucuhkan bahagian topping dengan garfu kemudian boleh ditaburkan dengan keju tadi. Akhir sekali bakar didalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 200 darjah celcius.

~ Jika suka anda boleh letakkan juga sayur-sayuran campur pada intinya~


~ untuk inti Shepherd Pie anda boleh tukarkannya ikut citarasa sendiri, kalau ikut omputeh diorg mana makan kari2 nie..~

Rabu, 17 November 2010

Dapat tag lagi..hehehe:)


Salam..

Baru selesaikan tag dari Syeeda..tetiba pegi jalan kat blog Misza nak bagi dia award dan tag, rupa2nya aku tak perasan Misza pun ada tag untuk aku .. Cantik sangat.. Thanks Misza..  Aku pun tag untuk kawan2 blogger lain juga..


--->Syeeda

--->ainismaira

Kamu berdua nanti ambil tag butterfly ini yer.. sebenarnya byk nak tag kat kawan2 lain..tapi penat memasak semalam membuatkan saya tak larat nak ketik2 keyboard ni.. :)

Diriku Pertama Kali Dapat Award :)

Salam

Sedang aku mengupdate blog tetiba kat shoutmix ada mesej dari Syeeda my new blogger friend. Dia bagi award ni haa.. sebagai newbie dalam arena perblogan tentunya aku sangatlah teruja.. Terima kasih Syeeda...semoga jalinan persahabatan alam maya berterusan hendaknya..:)



kat sini ada beberapa tag yang perlu dijawab..
cekidaud!!! bebeh...

 1) berikan 1 nick name untuk saya.
dari kecik sampai sekarang nickname sy FINIE. Nak bagi nama penuh panjang sangat..hehehe

2) ucapan untuk pemberi award ini...
Terima kasih, Syeeda.. sy sungguh teruja  dgn award tag ni, sbg blogger baru setahun jagung inilah kali pertama dapat tag dan award ni tau.. Cayunk Syeeda!


3) berikan 6fav artis/singer/group yang korang minat...
bab artis2 ni saya suka artis/singer /group yg mcm ni..
Artis
1) bront palarae
2) sharifah amani
singer
1) ana raffali
2) Sharifah Aini a.k.a kak pah
group
1) the beatles
2) weezer



 Tag award ini kepada 10 orang blogger / follower

mas

mysarah
Misza
Princess Nur
teratai
ainismaira

nama2 si cantik manis yang saya dah tagkan ni kalau ada masa lapang sudi2kanlah jawab ea..

sekian, terima kasih..

Wanita Itu Lemah, Wanita Itu Lembut

Salam

Petang-petang raya ni aku takde apa2 event. So,Najla pun dah tidur aku pun beronline laa.. Buka Facebook jumpa pulak note ni ..penyampaian penulis sungguh touching sebab minat dgn nukilannya aku pun mintak share note tu dan copypaste kat blog.


Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut… ..
besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan …
kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam…
Diam seolah-olah menerima…
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani… di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat .
celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat…
di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah…
bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah…
bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah…
terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud…
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati…
Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita… .
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

‘KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT’

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...